MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN INSTAGRAM SEHATI SEJIWA #IM58 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2015

PROGRAM                   : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN INSTAGRAM SEHATI SEJIWA #IM58 SEMPENA SAMBUTAN                                              HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2015

TARIKH                        : 29 OKTOBER 2015 (KHAMIS)

TEMPAT                       : COFFEE HOUSE, TINGKAT 5, PRIMIERA HOTEL, 232, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 50100 WP KUALA                                          LUMPUR

MASA                           : 2.00 PETANG

PERASMIAN OLEH      : YBHG. DATUK DR. MOHD PUAD BIN ZARKASHI, KETUA PENGARAH JASA MALAYSIA

Peraduan Instagram Sehati Sejiwa #IM58 ini merupakan kesinambungan pertandingan Instagram Merdeka #im56 dan #IM57 yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan Negara.

Sesuai dengan aplikasi Instagram itu sendiri yang menyediakan platform kepada penggunanya untuk mengekspresikan sesuatu melalui gambar-gambar yang dikongsikan, peraduan ini dilihat dapat mencerminkan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang dipenuhi oleh rasa cinta rakyat nya yang berbilang kaum.

Penyertaan peraduan Instagram Sehati Sejiwa #IM58 ini telah  dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 23 Ogos 2015 dan berakhir pada 18 September 2015 lalu. Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori gambar dan video menarik yang memaparkan gelagat sehati sejiwa rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Sebanyak 2,388 penyertaan bagi kategori gambar dan 132 penyertaan bagi kategori video telah diterima oleh pihak JASA. Daripada jumlah itu 3 penyertaan bagi setiap kategori akan menerima hadiah utama dan 15 penyertaan mendapat hadiah saguhati.

 OBJEKTIF

  1. Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut  Hari Kebangsaan Tahun 2015 dengan penuh patriotisme.
  2. Menyemarakan  semangat patriotisme dan cintakan negara  di kalangan masyarakat melalui aplikasi instagram;
  3. Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media online

SENARAI HADIAH BAGI SETIAP KATEGORI

 Tempat Pertama     :           Ipad Mini + T-Shirt + Sijil Penyertaan

Tempat Kedua         :           Samsung Galaxy Kamera + T-Shirt + Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga         :           Samsung Galaxy Tab 4.0 + T-Shirt + Sijil Penyertaan

 5 Saguhati               :           iPod MP4 Palyer + T-Shirt + Sijil Penyertaan

10 Saguhati              :           Power Bank + T-Shirt + Sijil Penyertaan

SENARAI PEMENANG PERADUAN INSTAGRAM SEHATI SEJIWA #IM58

A- KATEGORI VIDEO

  1. PAVITHIRAN A/L VESUDEVAN, SELANGOR
  2. MOHD RAFIQ BIN ISMAIL, KELANTAN
  3. MOHAMAD FIKRI BIN MOHD HISAM , PERAK

B- KATEGORI GAMBAR

  1. MOHD NAZRI BIN SULAIMAN, SELANGOR
  2. MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN JAMAL, SELANGOR
  3. DIEP SO BINH

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.