TOWNHALL JASA : JELAJAH ISU ANJURAN JASA MALAYSIA

Bermula bulan November 2015 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) , Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan TownHall : Jelajah Isu di IPTA-IPTA terpilih seluruh negara. Program yang dirangka bagi menjelaskan isu-isu semasanegara  ini merupakan platform kerajaan khususnya untuk memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa-mahasiswi tentang isu-isu seperti GST, 1MDB, TPPA dan isu-isu lain yang sering menjadi persoalan kepada mereka ini. Hingga kini seramai 2268 mahasiswa dan mahasiswi telah dilibatkan di dalam sesi townhall ini.

Bersesuaian dengan Moto JASA, "Memimpin Pendapat Rakyat " (Leading Public Opinion) , JASA membariskan Panel Pemikir JASA yang berkaliber bagi memberikan penjelasan bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh para mahasiswa melalui pendekatan secara bersemuka dan juga melalui sesi soal jawab secara terus agar mereka mendapat maklumat yang benar dan bukannya hanya terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang mereka dapati di media-media sosial.

Barisan panel adalah terdiri daripada Saudara Lokman Adam, Saudara Tun Faisal, Dr. Fathul Bari dan selaku moderator Saudara Nasrun Adil, Pengarah Bahagian JASA. Program ini juga turut disiarkan secara langsung (live streaming) melalui saluran You Tube semasa program berlangsung. Sehingga kini 10 program telah berjaya dilaksanakan seperti jadual berikut:-

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.