HEBAHAN LAMAN MEDIA SOSIAL FACEBOOK & TWITTER AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (APBN), JABATAN PERDANA MENTERI.

MAKLUMAN

Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Jabatan Perdana Menteri secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Oktober, 2015 melalui Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2015. Agensi Pengurusan Bencana Negara merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan hasil gabungan antara Unit Pemulihan Pasca Banjir (UPPB), Jabatan Perdana Menteri dan Bahagian Pengurusan Bencana, Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Jabatan Perdana Menteri telah mewujudkan Laman Media Sosial Facebook dan Twitter selain Portal Bencana untuk kemudahan penyaluran, hebahan dan penyebaran maklumat yang tepat dan sahih mengenai bencana yang berlaku di seluruh negara. Ianya juga bertujuan untuk menangani penyebaran maklumat palsu oleh cyber warrior yang memberi gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan di pautan berikut:-

Facebook : www.facebook.com/Agensi-Pengurusan-Bencana-Negara-Jabatan-P…

Twitter : https://twitter.com/?lang=en atau cari @apbn_jpm

Portal Bencana : http://portalbencana.ndcc.gov.my/portal

Sekian, terima kasih
Ali Bin Suhaili
Bahagian Komunikasi Korporat

 

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.