JASA PRIHATIN KE DUN MELUAN, SARAWAK

SARAWAK - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bersama-sama pegawai kanan JASA Ibu Pejabat dan Negeri telah mengadakan lawatan kerja JASA Prihatin ke Parlimen Julau (DUN Meluan), Sarawak pada 28 November hingga 2 Disember 2015 lalu. Rombongan pada kali ini turut disertai oleh media daripada RTM.

Program selama 4 hari tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan titik sentuhan antaranya sumbangan JASA Prihatin membetulkan kerosakan kecil rumah panjang, sumbangan peralatan sukan dan sumbangan wang kepada PIBG sekolah-sekolah yang dilawati , sumbangan makanan asas kepada penduduk dan pelbagai pengisian lain.

29 November 2015 - Rombongan memulakan perjalanan Program JASA Prihatin selama 4 hari di kawasan pedalaman Meluan, Julau, Sarawak. Perjalanan bermula dari Jeti Nanga Entabai menaiki bot selama 3 jam ke Rumah Panjang Bajau.

Perjalanan kemudiannya diteruskan melalui kawasan berbukit menggunakan kenderaan pacuan 4 x 4  ke Rumah Panjang Meluda , Nanga Ijit, Meluan Sarawak yang merupakan Johan Kebangsaan bagi pertandingan Desa Sejahtera kategori Rumah Panjang. Seramai 10 orang penerima sumbangan Mesra Jiran termasuk 5 dari rumah Panjang Minggang telah menerima bantuan daripada JASA.

Rombongan seterusnya dibawa ke di SK Nanga Luau, Julau , yang sebuah sekolah pedalaman kategori P3. Untuk sampai ke sekolah ini kami perlu berjalan kaki selama 20 minit melalui jambatan gantung bergoyang yang tinggi dan melalui kebun getah. Sempena kunjungan ini JASA menyumbang beg sekolah kepada semua pelajar TADIKA, sumbangan kewangan kepada pihak PIBG dan peralatan sukan seperti bola, takraw, badminton dan lain-lain. Sekolah ini tiada kemudahan internet dan perigi tiub. Talian gred sudah sampai ke kampung berdekatan tapi belum disambung ke sekolah.

Pada sebelah petangnya pula, perjalanan diteruskan ke rumah Panjang Bajau, Rantau Kuyang, Ulu Sungai Mijok yang merupakan tempat penginapan pertama rombongan JASA Prihatin. Perjalanan menaiki bot ini memakan masa hamper 3 jam untuk sampai ke destinasi. Rombongan ini turut disertai oleh 9 orang Pengarah JASA Negeri. Antara aktiviti yang diadakan di sini termasuklah mengadakan program Mesra Jiran dan penyampaian bantuan wang tunai kepada rumah panjang serta peralatan sukan kepada SK Nanga Maong. Rombongan kami disambut meriah dengan persembahan kebudayaan, tarian ngajat dan acara "Ranyai" pada sebelah malam.

30 November 2015 - Keesokan harinya, dengan menaiki bot rombongan kami di bawa ke Rumah Panjang Gerasi Nanga Ju yang merupakan tempat penginapan kami di malam kedua dalam program JASA Prihatian di DUN Meluan. Ketibaan lebih awal memberi sedikit masa kepada kami untuk beristirehat sebelum memulakan program Mesra Jiran pada sebelah malamnya. Acara "Ranyai" juga turut diadakan termasuk sesi dialog yang turut dihadiri oleh 3 Ketua Rumah Panjang yang lain iaitu Rumah Panjang Entili, Anthony Bau dan Mengiring. JASA juga menyumbang peruntukan sebanyak RM 2 ribu beserta peralatan sukan kepada SK Nanga Ju (P3) yang berada berdekatan dengan rumah panjang tersebut.

1 Disember 2015 - Di hari terakhir , rombongan sempat singgah di dua lagi Rumah Panjang. Salah satunya Rumah Panjang Lalak yg tampak usang namun agak bersih di dalamnya. Kami dijamu dengan teh panas dan biskut. Di sini kami menyampaikan bantuan kepada 5 orang di bawah program Mesra Jiran. Kami disambut oleh mantan Ketua Rumah Panjang yg berumur 88 tahun kerana anaknya yang menjadi ketua kampung yang baharu berada di pekan bagi menghadiri satu program rasmi.

Dalam perjalanan pulang ke Jeti Nanga Entabai kami di bawa singgah di Rumah Panjang Entili yang merupakan lokasi terakhir sebelum kami bertolak pulang. Di sana kami dapati rumah panjang yang didiami mereka sudah agak usang. Kami turut dimaklumkan cadangan pembinaan baharu rumah panjang mereka tertangguh  kerana kekurangan sumber kewangan. Ketua Rumah Panjang Entili bersungguh- sungguh meminta kami singgah di rumah mereka. Ketibaan kami pada jam 7.45 pagi disambut dengan hidangan teh panas yang menghangatkan apatah lagi sepanjang perjalanan menaiki bot pada pagi itu diiringi dengan hujan lebat.

Program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang agar kerajaan khasnya menyedari denyut nadi penduduk di kawasan pendalaman khususnya di Sabah dan Sarawak yang masih dihimpit kesusahan.

-Gambar di galeri foto-

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.