PAMERAN #SEHATISEJIWA KKMM SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-69

Oleh: Unit Komunikasi Media JASA

Bersempena Perhimpunan Agung UMNO ke-69 yang diadakan di PWTC, JASA bersama-sama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (KKMM) telah menyertai pameran dengan membawa tema Sehati Sejiwa. Bermula pada 8 Disember sehingga 12 Disember 2015, pameran diisi dengan pelbagai pengisian yang menarik daripada 8 agensi dan Jabatan yang terlibat termasuklah daripada SKMM, FINAS, MDEC, MYNIC, JPDP, BERNAMA, RTM dan Jabatan Penerangan. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan oleh setiap agensi bagi menarik minat pengunjung yang hadir.

Antara pengisian termasuklah penerangan oleh MDEC mengenai bagaimana menjana pendapatan melalui aplikasi mobil & video, demo karikatur serta kehadiran mascot dan cosplay. Turut diselitkan juga penerangan mengenai e-rezeki dan e-usahawan yang disampaikan melalui tokoh-tokoh usahawan seperti Fizo Omar dan Rosyam Nor. SKMM pula membawakan kuiz dan sesi penerangan mengenai kempen Klik Dengan Bijak, BERNAMA pula mengadakan pertandingan puzzle dan tayangan mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh BERNAMA.

Pameran turut diisi dengan flashmob dan persembahan oleh artis kebudayaan PENTARAMA dan juga kehadiran artis-artis yang memeriahkan suasana booth. Antara artis-artis yang turut hadir memeriahkan pameran adalah Izu Islam, Syukri Yahya, Mia Ahmad, Liza Abdullah dan ramai lagi dibawakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

JASA sebagai salah sebuah Jabatan yang turut serta di dalam pameran tersebut turut mengadakan Kuiz Interaktif Kenegaraan yang dilihat berjaya menarik minat pengunjung untuk turut bersama-sama menyertainya.

Selain melaksanakan kuiz interaktif, JASA juga turut mengedarkan bahan-bahan terbitan seperti buku Penjelasan 1MDB: Siapa Kata Tidak Di jawab, Buku Rukun Negara: Ideologi, Falsafah dan Etika dan buku Kuiz Mega Kenegaraan: Penguasaan Lengkap Fakta-Fakta Kenegaraan. Ketua Pengarah JASA, YBhg. Datuk Mohd. Puad Zarkashi , turut berkesempatan mengunjungi booth pameran. Secara keseluruhannya dilihat pengunjung amat berminat dengan aktiviti-aktiviti yang diisi sepanjang 5 hari pameran berlangsung.

 

-Gambar di Galeri Foto-

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.