PELANCARAN PROGRAM MESRA JIRAN JASA MALAYSIA

6 Feb 2016 - Pelancaran Program Mesra Jiran JASA telah disempurnakan Oleh Ketua Pengarah JASA Malaysia, Y.Bhg. Datuk Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi bertempat di Restoran Lot 9, Taman Intan, Parit Raja pada 6 Februari 2016. Program dimulakan dengan acara berbasikal bertemakan Kayuhan Anak Muda dari Batu Pahat dan berakhir di Ayer Hitam sejauh kira-kira 25 kilometer.

Program Mesra Jiran merupakan program penerangan isu berskala kecil melibatkan perbincangan seramai 20 hingga 30 orang di dalam satu-satu majlis. Program ini dilaksanakan di seluruh negara melibatkan setiap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia. Sehubungan itu Pelancaran Mesra Jiran ini merupakan Kick Start tanda bermulanya pelaksanaan program Mesra Jiran di seluruh Negara.

Acara konvoi berbasikal yang dimulakan selepas solat Maghrib di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat itu  diketuai  oleh Datuk Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi serta Pengarah Bahagian, Encik Nasrun Adil. Turut serta di dalam konvoi tersebut adalah 60 orang ahli Kelab Berbasikal MTB Gang Komuniti Johor.

Konvoi selepas itu singgah sebentar di stesen minyak BHP, Bandar Universiti dan  kemudiannya disertai Oleh YB Datuk Aziz Kaprawi, KUB Sri Gading dan Isteri serta 30 orang pengayuh daripada Kelab Jelita Sri Gading dan meneruskan konvoi berbasikal ke garisan penamat di Restoran Lot 9.

Tepat Jam 9.30 malam konvoi berbasikal tiba di Restoran Lot 9 disambut oleh YB Datuk Samsolbari Jamali, KUB Ayer Hitam Bersama Konvoi Basikal Ayer Hitam, Semarang Ride Cross Country (30 Orang pengayuh).

Perasmian Pelancaran Mesra Jiran JASA disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi Pada Jam 9.40 Malam. Majlis turut diisi dengan persembahan dari Sungai Suloh Buskers, aktiviti aerobikthon dan juga cabutan bertuah.

 

-Gambar di Galeri Foto-

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.