PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) TAMAN SRI LABOK, MACHANG KELANTAN

 

PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) TAMAN SRI LABOK, MACHANG KELANTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Sri Labok, Machang yang melibatkan 23 unit rumah teres setingkat telah dibuka mulai 25 Feb 2016 hingga 16 Mac 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut :

a. Perkhidmatan Awam Persekutuan

b. Perkhidmatan Awam Negeri

c. Badan Berkanun Persekutuan

d. Badan Berkanun Negeri

e. Pihak Berkuasa Tempatan

PPA1M Taman Sri Labok mempunyai keluasan 901.5 kps dan 979.5 kps serta mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Harga bagi seunit rumah bermula RM 150,000.00 hingga RM 202,889.00 mengikut keluasan binaan rumah. PPA1M Taman Sri Labok dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tadika dan kedai runcit . Projek ini telah siap dibina sebanyak 85% dan projek PPA1M Taman Sri Labok hanya dibuka untuk pemohon yang dilahirkan di Kelantan sahaja.

Untuk permohonan / pertanyaan sila layari www.ppa1m.gov.my

RASHILA BINTI AB RASID
Unit PPA1M
Jabatan Perdana Menteri
www.ppa1m.gov.my
(( 03-8880 5118 6 03-8880 5119 * rashila@jpm.gov.my )

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.