MINDA MERAKYATKAN ERA DIGITAL

MINDA MERAKYATKAN ERA DIGITAL

Program Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA), satu lagi transformasi Kerajaan merakyatkan perkhidmatan komunikasi dan pendigitalan negara. Program MINDA akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 Mac 2016 bertempat di Tebingan Sungai, Kuching, Sarawak.

Penganjuran Program MINDA yang julung-julung kali diadakan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk merapatkan jurang saluran penyampaian informasi di antara Kerajaan dan rakyat. Pada masa yang sama, matlamat program ini adalah untuk menghubungkan rakyat dan membina masyarakat yang bermaklumat.

Manakala Objektif MINDA adalah untuk:

• Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan serta kaedah penggunaan teknologi komunikasi;
• Memperkasakan masyarakat untuk menjadi pengguna yang bijak dan berhemah dalam penggunaan teknologi komunikasi;
• Merapatkan jurang saluran di antara Kerajaan dengan rakyat dan membina masyarakat bermaklumat melalui penyampaian informasi secara cepat, tepat serta cermat; dan
• Merangsang pertumbuhan ekonomi digital di kalangan masyarakat khususnya di peringkat akar umbi.

Pengisian Program MINDA melibatkan kolaborasi di antara Kerajaan dan agensi peringkat persekutuan dan negeri, agensi swasta, badan-badan berkanun kerajaan (NGO) serta syarikat telekomunikasi. Agensi kerajaan persekutuan yang terlibat adalah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan dan banyak lagi.

Sepanjang Program Minda berlangsung aktiviti pameran diadakan yang melibatkan 50 penyertaan. Pameran dikategorikan kepada empat zon iaitu Zon Capaian, Zon Motivasi, Zon Kemahiran dan Zon Kebolehpercayaan.

ZON: Capaian
Menawarkan kemudahan Infrastruktur dan teknologi High Speed Broadband dengan kualiti liputan yang meluas menggunakan teknologi 3G dan 4G serta kos mampu milik – 1Malaysia Pakej Mampu Milik (promosi broadband). Zon ini melaksanakan aktiviti:
a. Menawarkan kemudahan infrastruktur komunikasi
b. Memperkenalkan teknologi digital terkini
c. Meluaskan liputan internet dan jalur lebar

ZON: Motivasi
Menggalakkan promosi mengenai manfaat yang diperoleh menerusi penggunaan seperti u-Pustaka, Online payment, online registration, e-kerajaan, e-boking, perniagaan online, peluang pekerjaan, hiburan, permainan atas talian, pertandingan online, kesihatan, bantuan kecemasan dan program e-waste;

ZON: Kemahiran
Meningkatkan kebolehan dan keyakinan menggunakan internet melalui kemahiran literasi dan digital seperti Kandungan kreatif tempatan, sesi e-learning, kemahiran digital (learning ICT, kemahiran keselamatan (klik dengan bijak), keyakinan (sesi pembelajaran usahawan dan mencipta aplikasi; dan

ZON:Kebolehpercayaan
Memberi kesedaran mengenai keselamatan rangkaian dan pendedahan media sosial serta peraturan yang mengawal risiko siber. Pelindungan data peribadi (JPDP), keselamatan cyber dan Customer Forum Malaysia.

Program MINDA diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan menimbulkan satu kesedaran demi untuk memastikan penggunaan teknologi digital digunakan dengan cara yang bijak dan betul.

Sumber : Facebook KKMM

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.