PROGRAM BELIA BESTARI 2016 BERSAMA DATUK DR.MOHD PUAD ZARKASHI

3 Mei - SRI AMAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyeru kepada semua golongan belia untuk lebih berdaya saing bagi memberi perubahan positif kepada masa depan negeri Sarawak.

Menurut beliau, keperluan kepada mewujudkan golongan belia yang mampu bersaing di peringkat tertinggi adalah merupakan kesinambungan dalam memacu pembangunan negeri tersebut ke arah yang lebih maju selari dengan potensi yang dimiliki oleh Sarawak sendiri untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

"Saya yakin pembentukan golongan belia yang berdaya saing tinggi adalah menjadi salah satu aset penting dalam pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

"Golongan belia adalah benteng kepada sesebuah negara atau negeri. Maka, jika benteng tersebut lemah, maka lemahlah sesebuah negera atau negeri itu, ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis penyampaian hadiah sempena Program Belia Bestari 2016 di Perkarangan  Kompleks Sukan KPSU Sri Aman, semalam.

Tambah Mohd Puad, maksud belia bestari yang digunapakai sebagai nama program tersebut bukan sahaja memberi erti belia yang hanya berdaya saing, malah ia merangkumi pelbagai aspek termasuk golongan belia yang cergas, bermotivasi tinggi serta berilmu. 

Dalam pada itu beliau turut mengatakan bahawa matlamat penganjuran program bercorak santai seperti yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak itu adalah bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh golongan ini disamping dapat mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat dalam kalangan golongan belia.

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.