JEMPUTAN PROGRAM DOA UNTUK MALAYSIA 2016

Mari bersama kita mendoakan kesejahteraan negara pada 13 Ogos 2016 di Dataran Merdeka jam 9.00 malam menerusi program Doa Untuk Malaysia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2016. Seterusnya kita hayati keindahan berselawat beramai-ramai dengan alunan qasidah qalam pengubat jiwa, penampilan khas dari Habib Syech Abdul Qadir As-Segaf. Semoga kita mendapat anugerah dan kemuliaan serta selawatnya. InshaAllah. 

Majlis akan diisi dengan alunan Qasidah dan Selawat Perdana oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah di Dataran Merdeka. Kemudian Bacaan Doa Untuk Malaysia oleh YBhg. Ustaz Tuan Asmawi Tuan Omar, Pen.Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM dan Bacaan Tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid

Kehadiran Orang ramai adalah bermula pada jam 7.00 petang. Hadirin digalakkan memakai pakaian Jubah Putih bagi lelaki dan Jubah Hitam bagi wanita serta membawa sejadah. Marilah kita bersama-sama sehati sejiwa memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. demi kesejahteraan Negara. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Fanpage rasmi Doa Untuk Malaysia di www.facebook.com/DoaUntukMalaysia.

Penampilan istimewa oleh:

Habib Syech Abdul Qadir Assegaf
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid
Kumpulan Al Mawlid
Kumpulan InTeam

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.