PERADUAN INSTAGRAM MERDEKA 2016

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016 yang bertujuan:-

  • Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.
  • Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;
  • Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan (pedalaman) dan media online;

(Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 16 Ogos - 16 September 2016)

Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2016 secara kreatif melalui     instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-

       a) Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka

       b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka

Sekian, terima kasih.

 UNIT KOMUNIKASI MEDIA

JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA)

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.