DOA UNTUK MALAYSIA BAGI PENGANUT AGAMA BUDDHA

Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan Program Doa Untuk Malaysia. Bermula pada 13 Ogos lalu, bertempat di Dataran Merdeka , ribuan umat Islam membanjiri Dataran Merdeka bagi bersama-sama mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Pada 18 Ogos lalu , program Doa Untuk Malaysia bagi penganut agama Buddha telah dilaksanakan bersama Persatuan Penganut Agama Buddha (Jinjang Buddhist Association) Kepong, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang telah hadir bersama-bagi menyemarakkan kehadiran hari Kebangsaan dengan nilai keagamaan melalui pengisian kerohanian. Majlis diisi dengan ucapan daripada En.Rich Too, Panel Pemikir JASA , ucapan dari wakil Persatuan Penganut Buddha Jinjang dan aktiviti keagamaan. Program Doa Untuk Malaysia bagi agama-agama lain telah disusun oleh JASA sepanjang bulan Kebangsaan ini.

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.