MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016 SERTA MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL JASA DI KAMPUNG LONG LANGAI BA'KELALAN

BA'KELALAN - Kedudukan yang jauh di pedalaman bukan penghalang bagi masyarakat Lun Bawang untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan 2016. Justeru itu JASA dan penduduk di kawasan Ba'kelalan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2016 pada 31 Ogos yang lalu. Majlis turut diisi dengan Perasmian Gelanggang Futsal JASA di Kampung Long Langai Ba'kelala yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JASA Malaysia, Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zakarshi.

"Ini merupakan suatu janji yang ditepati seperti yang telah dijanjikan sebelum ini pada lawatan pertama di Ba'kelalan pada bulan Julai 2015 lepas."

Siapnya Gelanggang Futsal JASA ini telah memberikan kemudahan kepada para belia di sini dan sekitarnya melakukan aktiviti riadah dengan bermain futsal dan terhindar dari gejala sosial dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Turut hadir Mohamed Aswan bin Mat Adini Timbalan Ketua Pengarah JASA, Hassan bin Busu Pengarah JASA Sarawak, pegawai JASA Sarawak dan Ketua-Ketua Masyarakat di Ba'kelalan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JASA Malaysia Encik Mohamed Aswan Bin Mat Adini, Pengarah JASA Negeri Sarawak Encik Hassan Bin Busu, Puan Bulan Dawat Guru Besar SK Ba'kelalan, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kampung, Kaunselor, Pemimpin-Pemimpin Belia dan penduduk kampung di kawasan Ba'kelalan, Lawas.

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.