JEMPUTAN KE PROGRAM KL CONVERGE!

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menganjurkan KL Converge! seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 22 - 24 September 2016
Masa    : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Hall 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Objektif program ini adalah menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pasaran Industri Komunikasi dan Industri Kandungan Kreatif di peringkat antarabangsa dengan tema pada tahun ini iaitu 'Touch the Future'. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 22 September 2016 (Khamis) jam 1.30 petang di Hall 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

KL Converge! mempertemukan pakar-pakar terkemuka dalam bidang multimedia, aplikasi, internet dan kandungan kreatif untuk membincang, mempamer dan meraikan peluang-peluang dan kejayaan.

Seluruh rakyat Malaysia adalah dijemput hadir ke program ini bagi bersama-sama memeriahkan dan menghayati dunia perfileman, internet, pemainan video, muzik, animasi, kesenian, fotografi dan banyak lagi.

Kemasukan adalah adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat dihttp://klconverge.co/register atau muat turun aplikasi KL Converge! 2016 di Google Play dan Apps Store. Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayarihttp://klconverge.co/ atau Facebook KL Converge MY.

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.