TOWNHALL: JELAJAH ISU UITM PERMATANG PAUH

6 Oktober 2016 - Bertempat di UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang telah berlangsungnya program TownHall:Jelajah Isu anjuran JASA Malaysia. Kali ini JASA menerangkan isu utama mengani saman DOJ Amerika dan kaitannya dengan 1MDB dengan membawakan Saudara Arul Kanda Kandasamy merupakan presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Saudara Tun Faisal, Pengarah Bahagian Komunikasi Stratergik JASA sebagai moderator. Seramai 450 orang telah hadir di program berkenaan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi di kampus berkenaan. Ketua Pengarah JASA Malaysia,YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi turut hadir di majlis berkenaan. Majlis diisi dengan sesi penerangan dan sesi soal jawab antara tetamu dan panel.  

Program Townhall JASA: Jelajah Isu meneruskan jelajahnya pada tahun ini di IPTA tempatan dan IPTS pada masa akan datang bagi menjelaskan isu-isu semasa dan utama negara. Program ini merupakan platform kerajaan khususnya untuk memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa-mahasiswi tentang isu-isu seperti GST, 1MDB, TPPA dan isu-isu lain yang sering menjadi persoalan kepada mereka ini. 

Bersesuaian dengan Moto JASA, "Memimpin Pendapat Rakyat " (Leading Public Opinion) , JASA membariskan panel-panel yang berkaliber bagi memberikan penjelasan bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh para mahasiswa melalui pendekatan secara bersemuka dan juga melalui sesi soal jawab secara terus agar mereka mendapat maklumat yang benar dan bukannya hanya terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang mereka dapati di media-media sosial.

- Gambar di Galeri-

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.