22 NOVEMBER 2016 - PROGRAM EKSPEDISI KEPIMPINAN BAKTI SISWA ANJURAN JASA MALAYSIA

21 November 2015, SALINATAN – Gelanggang Futsal JASA yang dibina di Kg. Salinatan, Pensiangan, Sabah ini merupakan gelanggang Futsal yang kedua dibina oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia khusus untuk golongan belia di kawasan ini.

Ketua Pengarah JASA Malaysia, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata gelanggang ini diharapkan dapat memberi manfaat serta digunakan sebaiknya sebagai kemudahan rekreasi oleh penduduk Salinatan agar mereka tidak ketinggalan dalam menikmati kemudahan infrastruktur seperti yang dinikmati oleh masyarakat di bandar.

“Dalam lawatan yang lepas, kita telah mengadakan perbincangan dengan penduduk Salinatan…mereka memohon dan merayu agar beberapa perkara dapat disumbangkan oleh pihak JASA..antaranya ialah pembinaan gelanggang futsal kerana mereka merasakan masih ramai golongan belia yang memerlukan kemudahan seperti ini,” jelasnya ketika ditemui selepas merasmikan Gelanggang Futsal JASA ketika menyertai Ekpedisi Kepimpinan Bakti Siswa Universiti Malaya-JASA di sini.

Beliau turut menjelaskan, program-program yang dilaksanakan oleh JASA ini adalah hanya sebahagian daripada kerja-kerja kebajikan sepertimana yang dilakukan di kawasan-kawasan lain.

Selain daripada pembinaan gelanggang Futsal di Kg. Salinatan, JASA turut memberi sumbangan dalam Pembaikan Rumah Guru Sk. Salinatan, Pembaikan Siling Asrama Desa di Sk. Pensiangan dan Sk. Sibangali.

Beliau turut menyatakan bahawa masih banyak kemudahan lain yang sangat diperlukan di kawasan pedalaman ini seperti bekalan elektrik, kemudahan air bersih dan kemudahan jalan raya.

“Kami hanya memberi bantuan dalam melaksanakan kerja-kerja minor mengikut permohonan penduduk.

“Kehadiran kami adalah bagi menjalankan tugas JASA sebagai agensi yang memberi maklumat yang tepat kepada rakyat dan kerajaan,” tambahnya.

- Gambar di Galeri-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan Ketua Pengarah:

19 Nov 2016- Memulakan perjalanan ke Salinatan iaitu kawasan paling pedalaman di Pensiangan Sabah. Turut serta ialah mahasiswa dari Kolej Tuanku Bahiyah Universiti Malaya di bawah program Ekspedisi Kepimpinan Baktisiswa JASA-UM. Perjalanan dimulakan dengan menggunakan kenderaan 4WD Nabawan-Salong. Kemudian menaiki bot selama 4 jam ke Salinatan. Ia adalah usaha JASA membantu menyediakan pelapis kepimpinan negara

19 Nov 2016 - Ketibaaan rombongan JASA dan Mahasiswa Universiti Malaya dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah disambut meriah oleh penduduk Kampung Salinatan sebelum bermulanya program Baktisiswa dan JASA Prihatin. Disambut dengan budaya TETULUK iaitu membelah buluh yang ada kandungan air kesyukuran.

20 Nov 2016- Merasmikan Gelanggang Futsal JASA di Kampung Salinatan Pensiangan Sabah. Ia dibina dengan kos RM 120K. Ia memenuhi permintaan penduduk kampung sempena lawatan JASA Prihatin pertama ke kampung ini pada bulan 0ktober 2015. Sempena perasmian gelanggang ini diadakan juga kejohanan Futsal Salinatan yang melibatkan 10 team daripada kawasan berdekatan termasuk team futsal wanita. Di samping itu juga diadakan perlawanan Futsal persahabatan yang melibatkan team gabungan JASA-Mahasiswa UM menentang team futsal Salinatan yang berkesudahan team Salinatan menang dengan 2-0. Semoga dengan pembinaan Gelangang Futsal JASA Prihatin ke 2 selepas yang pertama di' Bakelalan Sarawak maka ia mendorong anak muda terlibat dengan aktiviti sihat dan bermakna. Ini adalah strategi engagement JASA dengan anak muda di kawasan pedalaman.

20 Nov 2016-  2 hari terputus hubungan kerana tiada internet coverage di kawasan pedalaman Pensiangan. Justeru pagi ini cuba posting banyak peristiwa sempena lawatan tersebut. Melawat SK SIBANGALI kali ke 4 sejak tahun 2010. Lawatan ke 4 ini untuk menandatangani plak membaiki bumbung asrama desa yang ditaja oleh JASA. Kehadiran saya di sini pada ptahun 2010 telah menghasilkan pembinaan Asrama Desa Sibangali. Kunjungan ke 4 kali ini turut disertai oleh mahasiswa daripada Kolej Tuanku Bahiyah Universiti Malaya yang turut memberikan ceramah mtivasi kepada semua murid.

20 Nov 2016 - SELAMAT TINGGAL. Maka berakhirlah program dua hari JASA DI Pendalaman Sabah. Pensiangan adalah kawasan tumpuan JASA di bawah projek JASA PERIHATIN di mana beberapa kampung dijadikan sebagai anak angkat kepada JASA seperti Salinatan, Sibangali, Pensiangan dan Tinanduk. Untuk sampai ke sini penuh dgn cabaran kerana sungainya cetek, berjeram dan terlalu jauh. Tumpuan JASA ialah pendidikan dan belia. Kali ini JASA bekerjasama dengan mahasiswa daripada Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah Universiti Malaya. Kehadiran mereka membawa team yang mantap dan disambut meriah oleh masyarakat kampung yang terdiri daripada suku Murut. Team yang diketuai oleh Pengetua Kolejnya sendiri iaitu Prof Madya Dr.Nahrizul Adib mengadakan berbagai aktiviti khususnya ceramah motivasi. Insyaallah kami datang lagi sebagai engagement bersemuka.Penduduk di Salinatan dan Sibangali mempunyai "War Cry" mereka sendiri. Slogan masyarakat di Salinatan ialah "Mingkotoh" iaitu bekerja keras. Manakala di Sibangali slogan mereka ialah "Sumilang" iaitu maju kehadapan. Penduduk di kedua dua kampung ini berketurunan Murut. Walaupun perkampungan mereka jauh ke pedalaman Pensiangan Sabah, tetapi kegigihan masyarakat di sini untuk tidak jauh tertinggal dalam arus pembangunan amat ketara. Dengan serba kekurangan terutamanya infrastruktur (air bersih dan elektrik) mereka tetap gigih mengutamakan pendidikan anak anak supaya dapat berdaya saing dengan mereka yang lebih maju dan tinggal di bandar.

 
TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.