24 NOVEMBER 2016- MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN INSTAGRAM #SEHATISEJIWA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2016 DAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PROGRAM KERJASAMA STRATEGIK JASA-UNIKL

24 NOVEMBER 2016-  Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, JASA telah menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka Tahun 2016. Tahun ini meruapkan tahun ketiga penganjurannya. Melalui peraduan ini aplikasi Instagram dijadikan platform bagi menzahirkan keterujaan dan kesyukuran rakyat berbilang kaum di Malaysia meyambut hari  kemerdekaan Negara serta pembentukan Malaysia. Sesuai dengan aplikasi itu sendiri yang mengekspresikan sesuatu melalui gambar-gambar yang dikongsikan, peraduan ini dilihat mampu menyatukan rakyat yang berbilang kaum agar sentiasa berganding bahu sebagai satu komuniti dalam menggunakan media sosial secara berhemah. 

Program berbentuk peraduan dengan penyertaan rakyat pelbagai kaum ini diberi nafas baru dengan 3 Kategori penyertaan iaitu kategori Umum, Kategori Mahasiswa danKategori Sekolah Menengah . Sebanyak 4,079 penyertaan dari dua (2) kategori iaitu foto dan video telah diterima oleh pihak penganjur dan daripada jumlah itu 3 penyertaan telah menerima hadiah utama serta 20 penyertaan lagi mendapat hadiah saguhati bagi setiap kategori.

Justeru itu, bertempat di Foyer Unikl Business School, Jalan Gurney, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Instagram #Sehatisejiwa Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Tahun 2016 Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Program Kerjasama Strategik Antara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dan Universiti Teknikal Mara Sdn.Bhd. (UniKL). Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi, Ketua Pengarah JASA Malaysia. Lebih 500 tetamu telah hadir ke majlis berkenaan. 

Di dalam ucapannya, YB Dato' Timbalan Menteri KKMM berkata "sememangnya JASA, di bawah kepimpinan YBhg Ketua Pengarah kita menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menangani isu-isu semasa melalui program-program turun padang termasuklah ke institut-institut pengajian tinggi.  Saya yakin dengan adanya kerjasama strategik di antara JASA dan pihak UniKL, generasi muda ini, dengan segala potensi yang besar, akan terus digilap potensi mereka supaya dapat digunakan secara optimum. Kerana di tangan merekalah hala tuju Negara kita pada masa hadapan.

Dalam majlis yang sama, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diwakili Ketua Pengarah JASA sendiri iaitu YBHg. Datuk Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang diwakili oleh YBhg. Datuk Salmah Hayati Binti Ghazali, Timbalan Pengarah UniKL bagi kerjasama strategik seperti yang telah dipersetujui. Antara intipati yang dipersetujui adalah JASA memberi peluang kepada pelajar – pelajar UniKL di dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan, sosial serta budaya. 

SENARAI HADIAH BAGI SETIAP KATEGORI

UMUM

MAHASISWA

SEKOLAH MENENGAH

TEMPAT PERTAMA

GAMBAR – RM 2,000.00

VIDEO – RM 2,000.00

 

TEMPAT PERTAMA

GAMBAR – RM 1,500.00

VIDEO – RM 1,500.00

TEMPAT PERTAMA

GAMBAR – RM 1,000.00

VIDEO – RM 1,000.00

TEMPAT KEDUA

GAMBAR – RM 1,500.00

VIDEO – RM 1,500.00

 

TEMPAT KEDUA

GAMBAR – RM 1,000.00

VIDEO – RM 1,000.00

TEMPAT KEDUA

GAMBAR – RM 700.00

VIDEO – RM 700.00

TEMPAT KETIGA

GAMBAR – RM 1,000.00

VIDEO – RM 1,000.00

 

TEMPAT KETIGA

GAMBAR – RM 700.00

VIDEO – RM 700.00

TEMPAT KETIGA

GAMBAR – RM 500.00

VIDEO – RM 500.00

20 SAGUHATI

GAMBAR / VIDEO  –

RM 100.00 X 20 = RM 2,000.00

20 SAGUHATI

           GAMBAR / VIDEO  –             RM 100.00 X 20 = RM 2,000.00

20 SAGUHATI

       GAMBAR / VIDEO –                RM 100.00 X 20 = RM 2,000.00

 

SENARAI PEMENANG UTAMA PERADUAN INSTAGRAM MERDEKA 2016

KATEGORI

UMUM

MAHASISWA

SEKOLAH MENENGAH

GAMBAR

NURUL SYAHIIRAH BT ISHAK

910328-10- xxxx

KLANG, SELANGOR

MUHAMMAD AMIRUL FIKRI BIN MUHAMAD FAUZI

970501-10- xxxx

KLANG, SELANGOR

MUHAMMAD AIZAT BIN AZMAN

990223-11- xxxx

JERTEH, TERENGGANU

VIDEO

UMADEVI VENGDESH

790715-06- xxxx

DAMANSARA HEIGHT, KUALA LUMPUR

MUHAMMAD RUSYDI BIN MOHD ATAN

941011-14-xxxx

PRAVENA SREETHARAN

001101-10- xxxx

JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR

- Gambar di Galeri Gambar-

 

 

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.