PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO PENDEK ANJURAN NBOS

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia  akan  menganjurkan   Pertandingan Foto dan Video Pendek di media sosial  dengan subtema #MyCuisine  mulai 1 Januari 2017 hingga  28 Februari 2017.
 
Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu  memuatnaik  foto atau video pendek  kreatif berkaitan  keunikan dan kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang menjadi tarikan dan  warisan kaum-kaum di Malaysia melalui intagram atau facebook.
 
Bagi menyertai pertandingan video pendek, orang ramai perlu   memuatnaik video pendek berdurasi  antara 30 hingga 60 saat di Instagram dan facebook dengan hashtag #SayangMalaysia berserta hashtag #MyCuisine.
 
Pertandingan ini menawarkan pelbagai  hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga dan 5 hadiah saguhati. Antaranya hadiah yang disediakan berupa tiket percuma penerbangan dalam negara, penginapan percuma di destinasi popular terpilih  dalam negara, tiket percuma taman tema terkenal, baucer beli belah di pusat beli belah terkenal dan banyak lagi. 
 
Pertandingan ini diadakan untuk  menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial berkongsi detik indah dan keunikan semasa berada Malaysia.
 
Sepanjang tempoh Kempen  #Sayang Malaysia  ini, orang ramai berpeluang menyertai enam pertandingan foto dan video pendek  sepanjang tahun 2017 dengan  6 subtema  setiap pertandingan  seperti berikut:
 
i.        #MyCuisine               - Januari hingga  Februari
ii.       #MyDestination          - Mac hingga  April
iii.      #MyCulture                 - Mei hingga Jun
iv.      #MySport                    - Julai hingga Ogos
v.       #MyEvent                   - September hingga Oktober
vi.      #MyFamilyFun           - November hingga Disember
 
Maklumat lanjut  berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu di  www.motac.gov.my/sayangmalaysia
 
Kempen #SayangMalaysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak swasta seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara, iM4U, Badan Bukan Kerajaan dan  pihak industri pelancongan. 
 
Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan poster  kempen #SayangMalaysia  (versi BM dan BI)  bersempena dengan  penganjuran kempen #SayangMalaysia dan menjemput orang ramai menyertai pertandingan  foto dan video pendek ini.
 
Kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amat dihargai.
 
Sekian.
 
Saya yang menurut perintah,
 
SITI AISHAH BINTI OTHMAN
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
 
No. tel. pejabat: 03-88917193
No. faks: 03-88917181
TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.