PPA1M – TAMAN DESA AMAN MAMBANG DIAWAN, KAMPAR PERAK

HEBAHAN : PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN DESA AMAN MAMBANG DIAWAN, KAMPAR PERAK Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) mempelawa para penjawat awam untuk memohon projek PPA1M – Taman Desa Aman Mambang Diawan, Kampar Perak yang telah dibuka untuk permohonan bermula 20 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017. Permohonan boleh dibuat melalui online di portal rasmi PPA1M,https://www.ppa1m.gov.my/ Sehubungan itu, dipohon pihak YBhg. Datuk/Datuk Seri/Dato’/Tuan/Puan untuk menguar-uarkan tawaran tersebut kepada semua warga Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Datuk/Datuk Seri/Dato’/Tuan/Puan menerusi semua saluran komunikasi. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada: Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
No 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya Telefon :03-88805118
Faks :03-88805119
Email :ppa1m@jpm.gov.my
Website :www.ppa1m.gov.my
FB :@ppa1m.jpm
 
 
 
 

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.