PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO PENDEK #MYDESTINATION ANJURAN NBOS

NBOS #SAYANGMALAYSIA - PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO PENDEK #MYDESTINATION 1 MAC - 30 APRIL 2017

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial NBOS #SayangMalaysia dengan mengadakan Pertandingan Foto dan Video Pendek dengan subtema #MyDestination mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.

Melalui tema #MyDestination, peserta berpeluang untuk memaparkan pengalaman mereka semasa bercuti/menerokai lokasi-lokasi /tempat-tempat percutian yang menarik atau lokasi yang kurang diketahui umum di Malaysia melalui platform media sosial.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pelancong asing. Penyertaan dikira automatik apabila peserta menggunakan kedua-dua #SayangMalaysia dan #MyDestination bersama foto dan video pendek yang dimuatnaik di Facebook dan Instagram. Video pendek yang dimuatnaik hendaklah berdurasi antara 30 saat hingga 60 saat.

Sehubungan itu, pihak kami bersama-sama ini memajukan poster #MyDestination untuk bagi tujuan promosi. Video untuk tujuan ini telah dimuatnaik di Youtube Official Motac di link berikut: https://www.youtube.com/watch?v=ZuPam9exrX4 ​serta maklumat pertandingan juga boleh didapati di Facebook Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau Instagram @mymotac dan Twitter @mymotac.

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat pertandingan ini boleh didapati di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.