TOWNHALL JASA DI KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM), MELAKA

15 Mac - Bertempat di Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka telah berlangsungnya program TownHall anjuran JASA Malaysia. Seramai 500 orang telah hadir ke program tersebut yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi di kampus berkenaan.  Majlis diisi dengan sesi penerangan dan sesi soal jawab antara tetamu dan panel. Siri pertama program Townhall  JASA bagi tahun 2017 ini membawakan En. Norizan Sharif dari TERAJU dan Ustaz Shamsul Muda , Ketua Unit Khas JASA membincangkan isu-isu semasa negara kepada pelajar-pelajar di sana.

Program Townhall JASA meneruskan jelajahnya pada tahun ini di IPTA tempatan dan IPTS pada masa akan datang bagi menjelaskan isu-isu semasa dan utama negara. Program ini merupakan platform kerajaan khususnya untuk memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa-mahasiswi tentang isu-isu seperti GST, 1MDB, TPPA dan isu-isu lain yang sering menjadi persoalan kepada mereka. 

Bersesuaian dengan Moto JASA, "Memimpin Pendapat Rakyat " (Leading Public Opinion) , JASA membariskan panel-panel yang berkaliber bagi memberikan penjelasan bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh para mahasiswa melalui pendekatan secara bersemuka dan juga melalui sesi soal jawab secara terus agar mereka mendapat maklumat yang benar dan bukannya hanya terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang mereka dapati di media-media sosial.

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.