RUU 355: TAK BENTANG BUKAN BERMAKNA TAK SOKONG

RUU 355: TAK BENTANG BUKAN BERMAKNA TAK SOKONG

Ramai yang keliru bahkan sewenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU 355 ditolak kerajaan apabila YAB PM mengumumkan kerajaan tidak membentangkan RUU 355, sebaliknya kekal sebagai usul persendirian yang dibawa PAS. Sebelum terus berpolemik dan menanggung dosa kering memfitnah, moleklah bertabayyun dan memahami beberapa fakta berikut:

1. Usul Persendirian RUU 355 akan mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua Rang Undang-undang Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.

2. Usul Persendirian RUU 355 jika dibentangkan kelak, bermakna versi RUU 355 yang dicadangkan Pas akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat kelak.

3. Apabila dibahaskan terserah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara tuntas pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

4. Jika ditakdirkan RUU 355 ini diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah, maka RUU ini diletakkan dibawah TANGGUNGJAWAB KERAJAAN bagi menyediakan penyata Kerajaan.

5. Apabila RUU355 sudah menjadi *PENYATA KERAJAAN* maka prosesnya ialah Kerajaan meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat PAS sama ada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi asal.

6. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada seluruh rakyat yang berbilang agama, perlu mengambil kira semua faktor termasuk aspek yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU 355 yang dikemukakan PAS.

7. Justeru tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan untuk dipinda oleh PAS sebagai usul persendirian.

8. Kerajaan tetap istiqomah dalam usaha memartabatkan institusi mahkamah syariah sejak Akta 355 diperkenalkan kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada 1984 dan kali kedua 1989.

Persoalan yang lebih mendasar apakah parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan terutamanya Amanah, PPBM dan PKR, adakah bersedia menyokong RUU 355 ini jika PAS membentangkannya kelak di Parlimen?

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri

 
 
TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.