18 APRIL 2017- MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

18 April 2017- Majlis Pelancaran Pertandingan Instagram Merdeka 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato' Razali Hj. Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya dengan kehadiran 500 pelajar pelbagai jurusan dari Universiti Malaya. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr, Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA Malaysia bersama YBhg. Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya. 

Pertandingan Instagram Merdeka 2017 merupakan sebuah pertandingan yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2017. Pertandingan ini telah mula dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai salah satu pengisian program-program sempena Sambutan Hari Kebangsaan bermula pada tahun 2013 sehingga kini. 

Bermula dengan menggunakan hashtag #im56, #im57, #im58, #im59 dan diteruskan dengan #im60 iaitu sempena Kemerdekaan Negara ke-60 pada tahun ini. Tema pertandingan adalah mengikut tema Sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun.

Ketua Pengarah JASA di dalam ucapannya berkata pertandingan ini dapat memupuk semangat perpaduan dan patriotisme orang ramai terutamnya dalam kalangan generasi muda. malah ianya memberi peluang kepada individu menunjukkan kreativiti dan ekspresi makna sebenar merdeka menerusi media sosial .

Pertandingan ini berjaya menarik ribuan penyertaan daripada rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Negara sejak awal penganjurannya dan meningkat dari tahun ke setahun. Pada tahun ini penganjur menganggarkan 10,000 penyertaan diterima daripada peserta pertandingan daripada kedua-dua kategori (foto dan video) dengan memanjangkan tempoh pertandingan iaitu bermula pada 16 April sehingga 16 Ogos 2017.

Justeru itu pertandingan ini diteruskan pada tahun ini dengan mengekalkan konsep yang sama (kategori foto dan video) dengan 3 pecahan kategori penyertaan iaitu bagi masyarakat umum (#im60umum), pelajar – pelajar IPTA & IPTS (#im60siswa) atau sekolah rendah dan menengah (#im60sekolah). Setiap penyertaan hendaklah bersesuaian dengan tema NegaraKu Malaysia.

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.