DAKWAAN MENGENAI KWSP ADALAH PALSU- PENGARAH KOMUNIKASI , KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

DAKWAAN MENGENAI KWSP ADALAH PALSU

Oleh Dato' Lokman Noor b. Adam
Pengarah Komunikasi,
Kementerian Kewangan Malaysia

Seorang lelaki melalui laman media sosial baru-baru ini melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antara isu yang dibangkitkan ialah kononnya pihak KWSP cuba menafikan hak beliau untuk mewariskan wang caruman yang di simpan kepada anak-anaknya yang masih di bawah 18.

Lelaki tersebut turut mendakwa hasil perbualan dengan pegawai KWSP yang bertugas, dia telah dimaklumkan kononnya wang caruman yang disimpan di KWSP akan dikenakan caj sebanyak 4% untuk kos penyelengaraan, selain tidak diberikan dividen untuk wang simpanan yang digunakan untuk tujuan pelaburan.

Hasil penelitian yang dilakukan, tindakan lelaki tersebut secara jelas berniat jahat untuk memburukan KWSP dan pihak kerajaan dan bertujuan untuk mewujudkan sentimen kebencian dan ketakutan di kalangan pencarum KWSP.

Malah KWSP melalui satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini turut menegaskan kenyataan lelaki tersebut mengenai hak waris yang berusia di bawah 18 tahun adalah palsu sambil menegaskan hak anak
ke atas Simpanan KWSP masih terpelihara walaupun berlaku kematian, samada dinamakan sebagai penama atau sebaliknya.

Berhubung dakwaan kononnya KWSP mengenakan caj sebanyak 4% untuk kos penyelengaraan juga adalah tidak benar, ini kerana sebagai sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) bagi menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya, adalah tidak masuk akal untuk mengenakan sebarang caj seperti yang di dakwa.

Malah KWSP turut akan memastikan simpanan semua pencarum adalah selamat dan mendapat jaminan dividen sebanyak 2.5 peratus setiap tahun berdasarkan baki pembukaan simpanan sehingga 1hb Januari manakala Dividen Bulanan pula akan dikreditkan ke akaun berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Juga perlu difahami kenapa had umur 18 tahun diletakkan bagi melayakkan seseorang mengeluarkan caruman atau mewarisi sesuatu harta. Sekiranya pewaris masih terlalu muda dan belum mampu menguruskan apa yang mereka warisi, sudah pasti caruman yang mereka warisi itu akan jatuh ketangan penjaga mereka dan belum tentu dapat dinikmati oleh si pewaris tadi.

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.