BICARA RAMADAN : RAMADAN YANG DINANTIKAN

25 Mei 2017 - Bertempat di Surau KKMM telah di adakan Program Bicara Ramadhan bertajuk Ramadhan Yang Dinantikan . Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ustazah 'Ainun Mardhiah Ismail yang merupakan salah seorang panel penceramah Tanyalah Ustazah di saluran TV9. Pelbagai perkongsian telah disampaikan kepada peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Cawangan KKMM.

Majlis dianjurkan oleh Biro Agama dan Kebajikan PUSPANITA Cawangan KKMM yang dipengerusikan oleh Datin Dr. Rubiah Leman , isteri kepada Ketua Pengarah JASA Malaysia . YBhg.Datin Abidah Hj.Sani, Pengerusi PCKKMM turut hadir memeriahkan majlis .Seramai 50 orang telah hadir ke program berkenaan yang di anjurkan sempena sambutan Bulan Ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi.

 

 
TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.