XPDC MUDIK DAN KIBOR #NEGARAKU SEHATI SEJIWA

20 Julai 2017- Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan yang bakal di raikan oleh seluruh rakyat Malaysia pada 30 Ogos ini Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan XPDC Mudik dan Kibor #Negaraku Sehati Sejiwa bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi,Ulu Tembeling, Pahang. 

Pemilihan lokasi di Kampung Pagi, Hulu Tembeling ini adalah disebabkan lokasinya yang terletak di pendalaman dan sekolahnya berstatus Pendalaman 3/ P3 bertepatan dengan objektif program iaitu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk dan pelajar sekolah di kawasan pendalaman. Pada tahun 2011 yang lalu, YBhg. Datuk Dr.Hj.Mohd Puad Zarkashi (ketika itu sebagai Timbalan Menteri Pelajaran) telah membuat lawatan kerja sepanjang Sungai melalui perkampungan dengan mudik menaiki Bot hingga penghujung kampung di Hulu Tembeling.

Sebanyak 4 buah bot telah berkonvoi daripada Jeti Kuala Tahan ke Jeti Kampung pagi yang disertai seramai 40 orang pegawai JASA yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi , Ketua Pengarah JASA dan YB Dato' Hj. Ahmad Nazlan Idris, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan Pengerusi KUPTM Malaysia.

Pelbagai cara menarik telah disusun sepanjang 2 hari program. Pada hari pertama diadakan aktiviti gotong-royong mengecat pintu gerbang "Gading Gajah" , perlawanan bola sepak "Kain Pelikat dan bola jaring, ceramah Agama oleh Pegawai Khas Agama JASA Pahang, persembahan lagu-lagu patriotik dan kugiran serta aktiviti memasak lauk gulai kawah bersama penduduk setempat.

Kemuncak acara adalah pada hari kedua program iaitu hari ketibaan rombongan Ketua Pengarah JASA Malaysia untuk berkonvoi dari Jeti Kuala Tahan ke Jeti Kampung Pagi. Sebanyak 4 buah bot yang dihiasi dengan Jalur Gemilang telah berkonvoi yang disertai seramai 40 orang pegawai JASA diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi , Ketua Pengarah JASA dan YB Dato' Hj. Ahmad Nazlan Idris, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan Pengerusi KUPTM Malaysia. Sebelum bertolak , tetamu kehormat sempat mengadakan gimik acara memacak Jalur Gemilang di 3 buah restoran terapung di Jeti Kuala Tahan.

Setelah melalui perjalanan selama 1 jam 30 minit, rombongan akhirnya sampai di Jeti Kampung Pagi dan disambut dengan paluan Gendang Ketawak yang terkenal di negeri Pahang. Selain itu ia turut diiringi dengan persembahan Silat serta perarakan Jalur Gemilang yang disertai oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi.

YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkesempatan melawat kaunter pameran agensi-agensi yang dijemput antaranya AADK dan pameran sejarah sebelum bermulanya acara perasmian. Di dalam acara perasmian beliau  turut menyerahkan sumbangan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil pelajar dari 10 buah sekolah serta 15 orang wakil Pengerusi JKKK dalam Mukim Hulu Tembeling dan Mukim Tembeling Tengah.

 

YBhg Datu Dr. Mohd Puad Zarkashi di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat di dalam program ini khasnya kepada penduduk dan pimpinan setempat , bahagian  dan juga pihak sekolah . Beliau juga berharap agar program ini dapat meningkatkan semangat patriotik di dalam jiwa rakyat dan pelajar sekolah serta berharap agar keamanan dalam kemeriahan menyambut kemerdekaan ini dikekalkan demi bangsa , agama dan negara. Majlis perasmian diakhiri dengan Kenduri Gulai Kawah dan Jamuan Aidilfitri.

Selepas tamat majlis perasmian di Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi acara diteruskan dengan konvoi bermotor bersama pemuda serta diteruskan dengan acara memacak Jalur Gemilang di rumah-rumah terpilih sekitar Kampung Pagi.

Ketua Pengarah JASA bersama isteri dan dan Ahli Parlimen Jerantut kemudiannya meneruskan perjalanan menaiki bot dan  singgah di Kampung Orang Asli Jeram Dedari untuk program Penyerahan Jalur Gemilang dan sumbangan keperluan dapur. Konvoi kemudiannya bergerak pulang melalui jalan Offroad dari kampung Orang Asli Jeram Dedari ke Jalan Utama kampung pagi ke Kampung Kuala Tahan.

SUMBER: EN. MOHD SOFI BIN HJ.HAMZAH, PEGAWAI PENERANGAN PARLIMEN , JASA JERANTUT, PAHANG

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.