12 OGOS 2017-DOA UNTUK MALAYSIA 2017

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan mengadakan Program Doa Untuk Malaysia 2017 bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017pada ketetapan seperti berikut :-

TARIKH     :   12 OGOS 2016 (SABTU)

MASA        :   7.00 PETANG - 11.00 MALAM

TEMPAT    :   DATARAN PUTRA, PRESINT 1, PUTRAJAYA

 (BERHADAPAN MASJID PUTRA)

TETAMU KEHORMAT : YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK,

                                       PERDANA MENTERI MALAYSI

Majlis akan diisi dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah di dalam Masjid Putra, Putrajaya. Selain itu alunan Qasidah dan Selawat Perdana oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf serta bacaan DOA UNTUK MALAYSIAyang dipimpin oleh YB. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Tazkirah Kemerdekaan oleh YBhg Dato' Ustaz Badli Shah Bin Alauddin.

Kehadiran orang ramai adalah  bermula pada jam 7.00 petang. Hadirin digalakkan memakai Jubah Putih bagi lelaki dan Jubah Hitam bagi wanita serta pakaian solat dan digalakkan membawa payung. Marilah kita bersama-sama sehati sejiwa memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. demi kesejahteraan Negara. 

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Fanpage rasmi Doa Untuk Malaysia di www.facebook.com/DoaUntukMalaysia.

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.