Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini214
Minggu IniMinggu Ini841
Bulan IniBulan Ini14107
Jumlah TerkiniJumlah Terkini213030

JASA DI RADIO Bersama Pustaka Negeri Sarawak

KUCHING – Episod kedua JASA Di Radio Bersama Pustaka Negeri Sarawak telahpun ke udara di saluran Sarawak FM pada 12 April 2012 lepas, jam 5.30 petang. Program setengah jam ini dikendalikan penerbit Pn Jamaiyah binti Pawi dari RTM Sarawak dan penyelaras program En Awang Mohamad Razif bin Awang Yusuf dari JASA Sarawak. Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, En Japri Bujang Masli dan Pegawai Perhubungan Awam Pustaka Negeri Sarawak, Cik Alya Faeeqah binti Hamali bersama pegawai JASA Negeri Sarawak, En Anwar Hanafi Ardimansyah dan En Ali bin Baki.

Episod kedua JASA Di Radio bersama Pustaka Negeri Sarawak telah mengupas peranan dan perkhidmatan yang diberikan Pustaka Negeri Sarawak kepada rakyat Sarawak pada masa kini. Terdahulu, fungsi JASA sebagai sebuah jabatan yang menjadi penghubung antara rakyat dan jabatan atau agensi kerajaan dalam mengupas persoalan dari akar umbi bersesuaian dengan motto JASA, Memimpin Pendapat Rakyat.

Kehadiran Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak dalam program JASA Di Radio telah mencapai matlamat JASA untuk menyediakan medium radio bagi menyampaikan penerangan terus mengenai fungsi dan persoalan mengenai Pustaka Negeri Sarawak kepada rakyat Sarawak. Ini sekaligus memberikan informasi yang berguna kepada rakyat Sarawak dalam memastikan Pustaka Negeri Sarawak terus relevan dengan keperluan rakyat.

Mengimbas penubuhan Pustaka Negeri Sarawak pada 2000 yang merupakan hasil daripada inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak. Bersandarkan motto Pustaka Rakan Ilmu Anda, Pustaka Negeri Sarawak telah menjanjikan perkhidmatan perpustakaan berteraskan maklumat semasa merangkumi pelbagai bidang dan tahap kepada rakyat Sarawak. Ini dilengkapkan menerusi falsafahnya, masyarakat berilmu dan berasaskan maklumat memerlukan forum untuk bertukar-tukar pendapat secara intelektual di kalangan masyarakat, sebuah pusat ilmu untuk minda dan idea disatukan, dan pengaksesan kepada maklumat, pengetahuan, teknologi dan budaya yang tidak dibatasi oleh sempadan geografi.

Selain sebagai pusat sumber maklumat yang utama, Pustaka Negeri Sarawak juga berfungsi sebagai pembekal perkhidmatan maklumatkepada sektor awam dan swasta. Pustaka Neger Sarawak juga mengadakan rangkaian ke perpustakaan, pusat arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan juga Malaysia. Juga, menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa danberperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya masyarakat.

Perkhidmatan maklumat sangat diberikan penekanan khususnya dalam mendapatkan bahan bacaan dalam dan luar negara serta pelbagai bidang bagi membolehkan rakyat menguasai ilmu. Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukan dana yang banyak bagi menyediakan kemudahan dan keperluan bahan bacaan yang berstandard tinggi. Inisiatif ini pastinya berkehendakkan rakyat Sarawak berjaya dalam merealisasikan Wawasan 2020 dan memastikan Sarawak menjadi negara maju pada 2030.

Selain perkhidmatan peminjaman buku, Pustaka Negeri Sarawak juga menyediakan keperluan pencarian maklumat berasaskan pelbagai bidang. Kini, maklumat tidak lagi terhad kepada buku dan majalah malah ia merangkumi dokumen lama dan beberapa bentuk ilmu mengikut keperluan semasa. Bahan-bahan seperti ini sangat mahal dan sukar diperolehi di dalam negara. Untuk memudahkan rakyat, Pustaka Negeri Sarawak akan berusaha menyediakan setiap buku dan dokumen yang mengandungi maklumat. Ini pastinya menjanjikan kepuasan kepada rakyat yang selama ini sukar untuk mendapatkan bahan maklumat tersebut.

Pustaka Negeri Sarawak juga berfungsi sebagai pihak yang berperanan penting dalam membudayakan budaya membaca. Pelbagai macam penekanan telah diberikan seperti mewujudkan perpustakaan di rumah, ‘born to read’, literasi maklumat, bacaan kegemaran saya, ‘mobile story telling’, ‘U-Pustaka’, pertandingan membaca kanak-kanak dan sebagainya. Setiap daripada aktiviti dan program tersebut mempunyai sasarannya tersendiri dan menjurus kepada keperluan membaca. Kesemua ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Sarawak mempunyai ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan budaya membaca untuk keperluan diri sendiri.

Selain Pustaka Negeri Sarawak terdapat Pustaka Miri yang merupakan salah satu cabang yang terletak di utara Sarawak. Terbaru, Pustaka Sibu yang masih dalam pembinaan dan terletak di bahagian tengah Sarawak. Keupayaan Kerajaan Negeri Sarawak mengadaptasikan masyarakat berilmu diperolehi menerusi peranan penting yang diusahakan Pustaka Negeri Sarawak. Demikian juga hubungan erat Pustaka Negeri Sarawak dengan Perpustakaan Desa di bawah kendalian Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Daerah di bawah kendalian Pejabat Daerah.

Biarpun kini buku mempunyai saingan sengit daripada alat teknologi yang canggih dan terkini seperti Ipad, telefon pintar, Samsung Galaxy Tab dan sebagainya namun fungsi buku masih relevan pada masa kini. Peredaran masa telah menyebabkan maklumat semakin pantas dan ini menjadi saingan kepada buku untuk mengejarnya. Biarpun kecanggihan itu terlalu pantas, kepentingan buku masih diperlukan pada jangka masa yang lama. Ini kerana buku tidak menggunakan beteri sebaliknya kecanggihan teknologi sekarang masih bergantung kepada penggunaan bateri.

 

Budaya membaca sentiasa menjadi objektif utama kerajaan dalam memastikan setiap rakyatnya berilmu. Pelbagai kempen dan kaedah telah digunakan untuk menjadikan budaya membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan. Kempen Membaca peringkat kebangsaan yang diadakan setiap tahun telah memberikan ruang kepada rakyatnya untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Begitu juga menjadikan artis sebagai idola membaca seperti mana minat mereka terhadap seseorang artis itu. Melalui cara ini, budaya membaca boleh digerakkan di mana sahaja seperti mana keperluan telefon bimbit sekarang yang kini menjadi suatu yang wajib dimiliki.

Pustaka Negeri Sarawak bukan sahaja menawarkan khidmat sebagai pusat sumber maklumat malah turut dijadikan tempat riadah bersama keluarga setiap hari. Bagi mengatasi ketegangan dalam menelaah buku disediakan senaman aerobik secara percuma kepada masyarakat. Persekitaran yang tenang dan kemudahan tempat letak kereta yang luas memberikan kawasan persekitaran Pustaka Negeri Sarawak sebagai pilihan reaksi bersama keluarga.

Keahlian Pustaka Negeri Sarawak terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 4 tahun ke atas. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kanak-kanak meliputi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun. Manakala, bahagian dewasa merangkumi umur 13 tahun dan ke atas. Selain warganegara Malaysia, perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak juga terbuka kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia. Setiap seorang dibenarkan meminjam 6 buah buku selama dua minggu. Malah, kemudahan memperbaharui peminjaman buku kini dibenarkan dengan hanya membuat panggilan.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan Pustaka Negeri Sarawak boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium, 93050, Kuching, Sarawak atau menghubungii talian 082-442000 atau faks 082-449944 dan juga emel di alamat Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya . Juga, menghubungi Pustaka Miri, Jalan Kipas, Miri City Fan, 98000 Miri, Sarawak di talian 085-422525 atau faks 085-414444 dan menerusi laman webhttp://www.pustaka-sarawak.com.

# Tamat #

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

AWANG MOHAMAD RAZIF BIN AWANG YUSUF

Unit Komunikasi JASA Sarawak,

Tingkat 2, Bangunan Bank Negara Malaysia,

93400 Jalan Satok, Kuching, Sarawak.

Tel: 019-8492517, Faks: 082-418771

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(96) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012