Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini118
Minggu IniMinggu Ini5547
Bulan IniBulan Ini12895
Jumlah TerkiniJumlah Terkini211818

KOMUNITI SIHAT 1 MALAYSIA, SUNGKAI PERAK

Oleh : Siti Aisah Binti Muharom

Unit Komunikasi Media JASA

Sumber : Lechmanan A/L P.Katamutu (Bahagian Pembangunan Komuniti)

22 April 2012- JASA dengan kerjasama Masterskill University College of Health &Science telah menganjurkan Program Komuniti Sihat 1Malaysia (3S) Servis, Sihat, Santai (JASA)  bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungkai, Sungkai, Perak. Seramai 700 orang terdiri daripada masyarakat kaum India telah hadir pada program tersebut yang dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Maglin Dennis D’ Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Majlis turut dihadiri oleh  YBhg. Dato ‘ K.R.A. Naidu  Ketua Bahagian MIC Tanjung Malim En. Adenan bin Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti, Ibu Pejabat JASA, Tuan Hj. Abd. Rahim bin Mohamed Nawawi Pengarah JASA Negeri Perak En. K. Palanisamy, Ketua Kampung Buluh Telur,  Pn. Sunthari, Guru Besar SJKT Sungkai serta Pegawai - Pegawai JASA Ibu pejabat dan Negeri Perak.

Program berlangsung selama satu hari ini dimulakan dengan aktiviti rawatan kesihatan, pameran kesedaran kesihatan, pameran agensi – agensi kerajaan, sukan rakyat dan lawatan kesihatan rumah ke rumah. Kemuncak program diisi dengan malam kebudayaan bersama YB. Senator Datuk Maglin Dennis D’ Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Dalam ucapannya beliau menekankan tentang peri pentingnya masyarakat yang sihat dalam usaha mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi seiring dengan Wawasan 2020. Beliau juga menyeru agar rakyat khususnya kaum India tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan fitnah daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghancurkan kemakmuran dan keamanan negara yang disayangi.

Majlis turut diisi dengan pemberian sumbangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungkai, Perak selain acara cabutan bertuah.

Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Pemeriksaan dan rawatan kesihatan serta penyampaian sumbangan dipercayai memberi kesedaran kesihatan kepada penduduk setempat. Program ini mendapat sambutan dan maklum balas yang terima daripada peserta juga adalah sangat baik.

Program ini dilihat mampu mengubah persepsi negatif rakyat tentang kerajaan dan dalam waktu yang sama mewujudkan komuniti yang sihat serta berfikiran rasional dan matang sekaligus memberi keyakinan secara lansung kepada masyarakat setempat khususnya komuniti kaum India terhadap konsep Gagasan 1Malaysia.

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(95) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012