Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini98
Minggu IniMinggu Ini1957
Bulan IniBulan Ini15223
Jumlah TerkiniJumlah Terkini214146

JASA DI RADIO BERSAMA JKM SARAWAK

Oleh :AWANG MOHAMAD RAZIF BIN AWANG YUSUF

Unit Komunikasi JASA Sarawak

KUCHING –Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Sarawak dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Sarawak telah menjalinkan kerjasama dalam mengadakan program JASA Di Radio. Program ini merangkumi tiga bahasa utama di Sarawak, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Iban, dan akan diperluaskan ke bahasa Orang Ulu sedikit masa lagi. Dalam episod pertama JASA Di Radio edisi Bahasa Melayubersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak telahpun ke udara di saluran Sarawak FM pada 26 April 2012, jam 5.30 petang. Program setengah jam ini dikendalikan penerbit Pn Jamaiyah binti Pawi dari RTM Sarawak dan penyelaras program En Awang Mohamad Razif bin Awang Yusuf dari JASA Sarawak turut dihadiri Pengarah JKM Negeri Sarawak, Pn Noriah binti Haji Ahmad dan Timbalan Pengarah, En Zainal bin Taram bersama pegawai JASA Negeri Sarawak, En Anwar Hanafi Ardimansyah dan En Ali bin Baki.

Episod pertama JASA Di Radio bersama JKM Sarawak telah mengupas objektif program ini yang bertujuan memberikan maklumat dan panduan kepada pendengar berhubung peranan dan fungsi JKM kepada masyarakat khususnya di Sarawak. Terdahulu, fungsi JASA adalah sebagai sebuah jabatan yang menjadi penghubung antara rakyat dan jabatan atau agensi kerajaan dalam mengupas persoalan dari akar umbi bersesuaian dengan motto JASA, Memimpin Pendapat Rakyat. Kehadiran Pengarah dan Timbalan Pengarah JKM Negeri Sarawak dalam JASA Di Radio telah menyemarakkan lagi program ini bersesuaian dengan hasrat JASA Negeri Sarawak untuk memberi peluang dan ruang kepada JKM Negeri Sarawak bagi menyampaikan penerangan terus mengenai fungsi dan persoalan yang sering dilontarkan rakyat berhubung bantuan JKM Negeri Sarawak. Ini sekaligus dapat dikongsi bersama rakyat Sarawak khususnya mereka yang amat memerlukan bantuan seperti yang ditawarkan JKM Negeri Sarawak.

Menceritakan fungsi JKM Negeri Sarawak dengan lebih lanjut, Kebajikan Masyarakat di definisikan sebagai satu sistem perkhidmatan sosial dan institusi yang tersusun dan terancang, direka untuk membantu individu dan kumpulan mencapai taraf kehidupan dan kesihatan yang standard serta hubungan sosial dan perseorangan yang membenarkan mereka membina kapasiti dan mempromosi kesejahteraan hidup yang harmoni berdasarkan kepada keperluan keluarga dan masyarakat. Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, JKM Negeri Sarawak menggunakan pendekatan kerja sosial ke arah mencapai matlamat kebajikan masyarakat. Kerja sosial pula di definasikan sebagai satu aktiviti profesional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkat atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut.

Bersesuaian dengan mottonya Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan, JKM Negeri Sarawak telah menyediakan beberapa skim bantuan kebajikan bulanan yang dikhaskan kepada rakyat yang berkelayakan. Syarat asas kelayakan permohonan bantuan ialah mestilah warganegara Malaysia dengan pendapatan tidak melebihi RM425.00 sebulan di peringkat negeri dan RM830.00 di peringkat Persekutuan. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.

Berasaskan kepada jenis Skim Bantuan Negeri, sebanyak dua jenis bantuan diperkenalkan iaitu Bantuan Am (BA) dan Bantuan Belia-Beliawanis (BBB). Berikut maklumat terperinci berhubung dua skim batuan kebajikan bulanan yang ditawarkan JKM Negeri Sarawak.

BIL

JENIS BANTUAN

KADAR SEBULAN (RM)

KELAYAKAN KHUSUS

1

Bantuan Am (BA)

60.00 hingga 250.00

  • § Pesakit, ibu tunggal, OKU, Tanggungan banduan/ penagih dadah

2

Bantuan Belia-Beliawanis (BBB)

200.00

  • § Penempatan di kilang, kedai atau bidang-bidang tertentu bagi mendapat kemahiran
  • § Belia miskin tercicir dari persekolahan, lepasan institusi atau OKU

Selain Skim Bantuan Negeri, JKM juga menawarkan enam Skim Bantuan Persekutuan iaitu Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Anak Pelihara (BAP), Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dan Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB).

BIL

JENIS BANTUAN

KADAR SEBULAN (RM)

KELAYAKAN KHUSUS

1

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

100.00 hingga 450.00

(lebih 4 orang maksimum 450.00)

  • § Bawah 18 tahun (jika bersekolah hingga menengah atas)
  • § Yatim/ Yatim Piatu
  • § Ibu bapa tidak mampu atau putus mata pencarian – uzur, cacat, sakit dan tanggungan banduan

2

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

250.00 hingga 500.00 (2 atau lebih 500.00)

  • § Bawah 18 tahun
  • § Tiada Ibu bapa
  • § Tinggal bersama keluarga pelihara program JKM atau perintah mahkamah

3

Bantuan Orang Tua (BOT)

300.00

  • § 60 tahun ke atas
  • § Tiada pendapatan
  • § Tiada keluarga/ ada keluarga tetapi tidak mampu menyara

4

Elaun Pekerja Cacat

300.00

  • § OKU berdaftar
  • § Bekerja sendiri/ bersama majikan
  • § Pendapatan bawah RM1,200
  • § Tidak tinggal di institusi/ Makan minum percuma

5

Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

300.00

  • § Penjaga sepenuh masa OKU/ pesakit kronik/ sakit terlantar
  • § Bergantung penuh kepada penjaga
  • § Pendapatan isu rumah tidak lebih RM3,000

6

Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)

150.00

  • § OKU berdaftar
  • § Tidak berupaya bekerja
  • § Pendapatan individu tidak lebih PGK semasa
  • § Berumur 18 hingga 59 tahun
  • § Bukan peserta PDK

Selain menawarkan beberapa skim bantuan, JKM Negeri Sarawak juga mempunyai beberapa institusi kebajikan bagi keperluan rakyat Sarawak seperti Rumah Seri Kenangan Kuching, Pusat Pemulihan Samarahan, Rumah Seri Kenangan Sibu, Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Sekolah Tunas Bakti Kuching, Asrama Akhlak Kuching, Taman Seri Puteri Kuching, Rumah Kanak-Kanak Kuching dan Sekolah Tunas Bakti (P) Miri. Penubuhan institusi kebajikan ini bertujuan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak semasa.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan di institusi kebajikan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di 11 pejabat JKM Bahagian yang terdekat atau menghubungi Ibu Pejabat JKM Negeri Sarawak di talian  082- 449577/ 444139 atau di alamat Wisma Kebajikan, Lot 4273 Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak atau menerusi laman web http://www.welfare.sarawak.gov.my.

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(96) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012