Kata-kata Pemimpin

  • Dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya telah memaklumkan bahawa antara perkara utama yang perlu diberi perhatian teliti untuk tahun hadapan adalah berkenaan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

    Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
    (Perdana Menteri)

Pengumuman

KENYATAAN OLEH JASA BERHUBUNG DAKWAAN PALSU SARAWAK REPORT

KENYATAAN OLEH JASA BERHUBUNG DAKWAAN PALSU SARAWAK REPORT

  1. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berasa kesal dengan satu posting Facebook oleh Sarawak Report yang telah disiarkan pada 12 Disember 2015 jam 10.05 malam.
  2. Posting tersebut mempersoalkan Datin Seri Rosmah Mansur, isteri kepada Perdana Menteri kononnya telah mempengerusikan mesyuarat bersama bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr. Puad Zarkashi semasa Perhimpunan Agung UMNO yang ke-69 baru-baru ini.
  3. Kejadian sebenar yang berlaku adalah Datin Seri Rosmah Mansur menghadiri satu Majlis Ramah Mesra bersama Mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara United Kingdom dan Eire yang dianjurkan oleh Biro Kelab Umno Luar Negara
  4. Kehadiran Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah sebagai Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara (KULN) di bawah Majlis Tertinggi UMNO manakala Datuk Dr. Puad Zarkashi hadir sebagai ahli Majlis Tertinggi yang turut dijemput kerana pernah menjadi Pengerusi Kelab UMNO UK dan Eire.
  5. JASA ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang mesyuarat dijalankan yang dipengerusikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur.
  6. Sarawak Report sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka adalah media yang selalu menabur fitnah dan memberikan persepsi negatif terhadap kerajaan. Mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara UK dan Eire juga telah merasai bagaimana media anti-kerajaan seperti Sarawak Report melakukan dakwaan palsu memandangkan mereka juga turut terlibat di dalam majlis ramah mesra tersebut.

Sekian makluman

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.