Soalan Lazim

  • Adakah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mempunyai cawangnan / Pejabat di setiap negeri?
Jawapan: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mempunyai 117 Lokasi termasuk di negeri dan daerah.  
  • Apakah Fungsi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
Jawapan: Fungsi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah : 
  1. Mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin Negara
  2. Menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat
  3. Menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama di kalangan rakyat
  4. Membuat analisa pola dan sikap rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan
  5. Menjalankan penyelidikkan dan menyediakan laporan isu - isu sosio politik dan agama
  6. Mengenalpasti dan memantau setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan
  • Dengan menaikkan harga minyak, bukankah bermakna kerajaan menindas dan menzalimi rakyat?
Jawapan: Tidak. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang bermaksud  `Apabila bertembung dua keburukan, diraikan (dihapuskan) keburukan yang lebih besar dengan cara melakukan keburukan yang lebih ringan.`  Sekarang, penggunaan minyak di Malaysia semakin bertambah iaitu 500,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 750,000 tong sehari Kerajaan menjangkakan tahun 2010 rizab minyak Malaysia akan habis.  Untuk mengelakkan sumber minyak negara kehabisan dengan cepat, harga minyak perlu dinaikkan. (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Fakta-Fakta Mengenai kenaikan Harga Produk Petroleum, hlm.6-7  Di sini terdapat dua keburukan. Pertama, membebankan rakyat ekoran tindakan menaikkan harga minyak. Kedua, kehabisan sumber minyak negara  Jika dibandingkan antara kedua-dua keburukan ini tentulah kehabisan minyak lebih besar kesan dan akibatnya kepada negara dan rakyat. Oleh itu, keburukan yang lebih besar ini perlu diraikan. Caranya, dengan melakukan keburukan yang lebih kecil mudaratnya iaitu menaikkan harga minyak.  
  • Kerajaan langsung tidak memikirkan nasib rakyat miskin sebelum bertindak menaikkan harga minyak
Jawapan: Tidak benar. Setelah terpaksa menaikkan harga minyak, kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak ke atas golongan berpendapatan rendah. Antaranya :  1. Memberi subsidi diesel berharga RM1.00 seliter kepada nelayan seluruh negara (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fakta-Fakta Mengenai kenaikan Harga Produk Petroleum, hIm. 23) 2. Pemberian subsidi petrol lebih banyak kepada nelayan persisir pantai. Mereka boleh membeli petrol dengan harga RM1.00 seliter. Harga runeit RM1.92 seliter.15,000 nelayan pesisir pantai yang mendaftar dengan LKIM akan menikmati harga ini selewat-Iewatnya Jun ini (Utusan Malaysia, 16 Mac 2006)  3. Memberi subsidi diesel kepada pengusaha bot penumpang di Sabah, Sarawak dan Hulu Tembeling. Mereka boleh membeli petrol dengan harga RM 1.20 seliter. Harga rundt RM 1.43 seliter.( Utusan Malaysia, 16 Mac 2006)  
  • Dengan mengurangkan subsidi, kerajaan telah mengambil langkah yang tidak menguntungkan rakyat
Jawapan: Tidak benar. Ini kerana hasil penjimatan subsidi akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk peningkatan dan penambahbaikan system pengangkutan awam.  Tambahan pula, dasar subsidi juga ada kelemahannya. Antaranya :  1. Subsidi menyebabkan berlakunya manipulasi harga dan penyeludupan diesel dan petrol (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fakta-Fakta Mengenai kenaikan harga Produk Petroleum, hlm.14)  2. Boleh menyebabkan subsidi diperolehi oleh orang yang tidak berhak. Contohnya, tahun 2002, bekalan diesel yang diberikan kepada nelayan ialah 326 juta liter yang menghasilkan tangkapan 1.29 juta tan metric. Tetapi tahun 2005, bekalan diesel dinaikkan kepada 1.37 bilion liter, sedangkan tangkapannya menurun kepada 1.2 juta tan metric sahaja. Ini bererti berlaku penjualan kepada orang yang tidak sepatutnya (Wawancara bersama TPM, 1 mac 2006)  
  • Dengan menaikkan harga minyak, kerajaan telah menyusahkan rakyat dan membebankan mereka
Jawapan: Benar, rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak. Tetapi, kerajaan tidak bemaksud membebankan rakyat. Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak.  Meskipun demikian, kerajaan tidak membiarkan rakyat terkapai-kapai menghadapi kesan kenaikan ini. Kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu bagi meringankan beban rakyat seperti yang disebutkan di atas.  Seperkara lagi, kita tidak hanya boleh melihat kenaikan ini dari aspek negative semata-mata. Ia perlu juga dilihat dari sudut yang positif. Sudut positifnya ialah:  * Kekurangan harta benda dan kelaparan adalah ujian dari Allah. Al-quran menyebut (Al-Baqarah : 155) : "Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman."  Ini peluang terbaik untuk melatih kita menjadi seorang yang lasak dan berdaya tahan. Kita perlu menjadi manusia yang lasak kerana seperti ungkapan pepatah Arab : "Hiduplah secara lasak kerana sesungguhnya nikmat tidak berkekalan"
  • Apa itu KR1M?
KR1M adalah singkatan akronim bagi kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). KR1M ialah kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barangan sama berjenama, namun kualiti tetap diutamakan.
  • Siapakan pemilik KR1M?
Kerajaan merupakan pemilik KR1M. Malahan, tanda niaga ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ (KR1M) serta jenama produk ‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ (1MKR) juga telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.
  • Mengapa barangan KR1M murah?
KR1M mampu menawarkan harga rendah kepada pengguna kerana: ++ Simpanan di kos pengiklanan antara 20% hingga 30% dengan membungkus satu labelgenerik 1Malaysia; ++ Membeli barangan dalam pukal daripada PKS tempatan, ++ Operasi KR1M yang tidak diorientasikan keuntungan.
  • Apakah produk yang dijual di KR1M?
KR1M menjual 284 produk 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) seperti beras, roti, air mineral, telur ayam, lampin bayi pakai buang, makanan sejuk beku dan barangan keperluan pengguna yang lain (tidak termasuk barangan basah).
  • Berapa banyakkah KR1M yang akan dibuka oleh Kerajaan?
Sebanyak 85 buah KR1M akan dibuka di seluruh Malaysia menjelang penghujung tahun 2012.

  • Kenaikan harga minyak memang telah dijangkakan selepas peningkatan harga mendadak dalam pasaran antarabangsa. Apa reaksi Prof?
Memang sudah dijangka kerajaan akan menstrukturkan semula harga bahan api selepas peningkatan harga minyak melebihi AS$100 setong. Persoalannya bila dan bagaimana untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan kenaikan tersebut. Hal ini rumit kerana kenaikan harga bahan api memberi kesan langsung kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan lain. Inflasi juga dijangka meningkat.
  • Apa yang perlu dilakukan pengguna?
Di sebalik keluh-resah pengguna tentang penstrukturan semula harga bahan api, sebenarnya banyak hikmahnya. Realitinya, semakin tinggi harga bahan api, kita akan semakin terdorong untuk mengurangkan tahap penggunaannya. Pengurangan ini bukan sahaja membabitkan minyak bahkan barangan, sumber dan perkhidmatan lain. Ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan asas tindakan dalam konteks pembangunan lestari. Dalam sektor industri misalnya, konsep pembangunan lestari tidak terbatas kepada pengawalan bahan sisa dalam bentuk pepejal, cecair atau gas sahaja untuk mematuhi pelbagai peraturan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pembangunan industri lestari juga perlu mengelakkan pembaziran sumber terutamanya bahan api, sumber asli dan air.
  • Apakah sudah ada peningkatan kesedaran di kalangan pengguna, khusus pihak industri?
Ya, peningkatan mendadak harga bahan api telah meningkatkan kecenderungan menggunakan konsep industri lestari. Sejak pengumuman penstrukturan semula harga bahan api Rabu lalu, saya dihubungi pelbagai pihak setiap hari untuk meminta khidmat nasihat tentang kaedah penjimatan tenaga dan sumber air dalam sektor industri.

Dalam sektor pemprosesan kelapa sawit misalnya, pelbagai teknologi telah dibangunkan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan kos tenaga dan mengguna semula bahan buangan. Di UTM misalnya, kami telah membangunkan teknologi bersepadu mengguna semula sisa kilang kelapa sawit menjadi bahan api berasaskan biojisim (gas metana), bahan mentah plastik mesra alam (PHA), baja dan air bersih. Semua teknologi ini telah dimajukan pelbagai agensi tempatan tetapi kita masih belum dapat melaksanakannnya dengan meluas kerana tidak ada insentif kewangan menarik.

  • Apakah amalan atau sistem yang perlu diberi perhatian untuk berhemat dari segi penggunaan tenaga dan sumber lain?
Berdasarkan pengalaman praktis sebagai perunding alam sekitar, saya dapati banyak amalan rutin dalam organisasi dan industri membazirkan sumber secara tidak disedari, khususnya tenaga elektrik dan bekalan air. Contohnya, hampir semua lampu dipasang di pejabat pada waktu siang kerana sudah menjadi praktis standard (SOP). Kenapa perlu dipasang lampu di negara yang mendapat pancaran matahari 12 jam sehari 12 bulan setahun? Ini kerana sistem jendela kita yang tidak mesra alam. Kalau pun ada jendela yang luas tetapi ditutup dengan langsir legam sehingga menggelapkan ruang. Begitu juga dengan pendingin hawa dipasang pada suhu minimum walaupun hari hujan. Sepatutnya kita menggunakan termostat untuk mengamal suhu bilik supaya tidak terlalu sejuk. Di Jepun dan banyak negara lain, pekerja digalakkan menggunakan pakaian lengan pendek tanpa tali leher pada musim panas untuk mengurangkan penggunaan pendingin hawa.
  • Apa inisiatif lain yang diperlukan?
Selain itu, inisiatif juga perlu ditumpukan untuk meningkatkan kesedaran awam mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan menggunakan tenaga. Pihak pengguna perlu disedarkan supaya mendapat khidmat pakar mengaudit barangan elektrik di rumah dan tempat kerja dan mendapat nasihat kaedah menjimatkan kos tenaga. Contohnya, mengganti lampu biasa dengan model lampu jimat tenaga bukan sahaja boleh mengurangkan bil elektrik bahkan penghasilan GHG. Kajian di Amerika Syarikat mendapati jika model lampu jimat tenaga digunakan di semua rumah, kesannya sama dengan mengurangkan 7.5 juta kenderaan di jalan raya! Penstrukturan semula harga bahan api minggu lepas perlu dilihat secara positif ke arah meningkatkan kecekapan dan kelestarian cara hidup dan sistem kerja. Ini merupakan kesempatan terbaik untuk kita melakukan anjakan paradigma dari segi pengurusan alam sekitar secara lebih menyeluruh dan proaktif.

  • Mengapa pengguna dikenakan caj RM0.50 apabila membuat transaksi tambah nilai kad touch n’go?

Caj RM0.50 ini hanya dikenakan apabila pengguna menggunakan kemudahan tambah nilai melalui mesin ATM bank (kecuali mesin ATM CIMB), atau melalui ejen-ejen runcit seperti stesen minyak atau kedai serba guna bertujuan bagi menampung kos modal, operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, para pengguna sebenarnya mempunyai pilihan untuk menambah nilai kad Touch 'n Go ini secara percuma atau tidak dikenakan sebarang bayaran, iaitu di hab-hab Touch 'n Go, kaunter TnGo SPOT, lorong-lorong tambah nilai di plaza tol dan pusat khidmat pelanggan di plaza tol, di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) atau Kaunter Khidmat Pelanggan di stesen Petronas terpilih.

  • Mengapakah kadar tol setiap lebuh raya dinaikkan secara berbeza-beza dan apakah kesannya jika kadar tol tersebut tidak dinaikkan dan kekal seperti biasa?

Jadual kenaikan kadar tol bagi setiap lebuh raya adalah ditetapkan secara berjadual mengikut Perjanjian Konsesi masing-masing. Sebarang pengurangan atau penangguhan kadar tol sepertimana yang telah ditetapkan di Perjanjian Konsesi, Kerajaan terpaksa membayar pampasan tol kerana ia memberi kesan kepada aliran tunai syarikat konsesi.

  • Mengapakah terdapat kenderaan-kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol dan apakah kenderaan-kenderaan tersebut?

Terdapat beberapa kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol kerana kenderaan tersebut berkepentingan umum dan layak dikecualikan bayaran tol seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Senarai kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol adalah seperti berikut:

    • Kenderaan yang membawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja atau Permaisuri-Permaisuri Baginda, Yang Dipertua Negeri bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau isteri-isteri mereka, Dato’-Dato’ Undang Negeri Sembilan atau Tengku Besar Tampin atau isteri-isteri mereka, Tengku Mahkota atau Raja Muda mana-mana Negeri atau isteri-isteri mereka, Raja Di-Hilir Perak atau isterinya, atau mana-mana pembesar asing yang datang melawat;
    • Mana-mana kenderaan Kerajaan yang membawa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
    • Semua kenderaan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan atau mana-mana angkatan pelawat yang ditafsirkan dalam Akta Angkatan Pelawat 1960 (Akta 432);
    • Semua kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata untuk tugas ambulan, melawan kebakaran, tugas polis atau tugas menyelamat termasuk kenderaan pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam dan kenderaan daripada Jabatan Penjara semasa menjalankan tugas mengiringi banduan;
    • Semua kenderaan bukan Kerajaan yang digunakan untuk tugas ambulan, melawan kebakaran dan tugas-tugas menyelamat.
    • Semua motosikal beroda tiga atau beroda empat yang digunakan oleh mana-mana orang cacat; dan
    • Kenderaan kelas 0 ertinya mana-mana kenderaan yang mempunyai dua gandar dan dua roda.(*kecuali di Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, dimana kelas 0 adalah kelas 1(motosikal))
  • Mengapakah lorong tambah nilai tidak diwujudkan di semua plaza tol lebuh raya untuk kemudahan pengguna?

Penyediaan lorong tambah nilai di plaza tol sememangnya merupakan di antara saluran terbaik untuk pengguna-pengguna lebuh raya membuat tambah nilai kad Touch ‘n Go selain daripada membuat tambah nilai di kaunter jualan atau stesen minyak terpilih. Walau bagaimanapun, lorong tambah nilai ini didapati mengakibatkan kesesakan trafik di plaza tol dan ini secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada pengguna sistem pembayaran tol elektronik Touch ‘n Go yang lain. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa lokasi tertentu untuk tambah nilai masih beroperasi dan ianya beroperasi di luar waktu puncak.

  • Apakah perbezaan antara rebat tol dan diskaun tol di lebuh raya tol?

Rebat atau diskaun tol adalah merupakan insentif yang ditawarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya atau Kerajaan samada semasa musim perayaan atau sepanjang masa. Rebat tol adalah berbeza dengan diskaun tol dimana rebat tol cuma boleh ditebus selepas penggunaan kad bayaran elektronik Touch ‘n Go di lorong plaza tol. Diskaun tol pula boleh dinikmati sebaik sahaja transaksi kad bayaran elektronik Touch ‘n Go dibuat di lorong plaza tol.

  • Bilakah tarif disemak berkuatkuasa?

Tarif disemak akan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2014

  • Apa purata tarif baru dan berapa ialah kenaikan tarif?

Secara umum, tarif baru akan berada di purata 38.53 sen / kWh merentasi semuakategori-kategori tarif tenaga elektrik. Ini surat-menyurat kepada satu peningkatan14.89% dari tarif sebelumnya 33.54 sen / kWh

  • Apa purata tarif baru kategori-kategori pelanggan utama - iaitu Domestic, Commercial and Industrial?

Purata tarif baru kategori-kategori pelanggan utama ialah seperti berikut: ++ Tempatan: 31.66 sen / kWh (10.6% peningkatan dari 28.63 sen / kWh dahulunya) ++ Perindustrian: 36.15 sen / kWh (16.85% peningkatan dari 30.94 sen / kWhdahulunya) ++ Komersial: 47.92 sen / kWh (16.85% peningkatan 41.01 sen / kWh dahulunya)

  • Adakah Kerajaan terus memberikan rebet bekalan elektrik untuk pelanggan-pelangganDomestic menggunakan kurang daripada RM20 (bersamaan 91 kWh) bekalan elektriksetiap bulan?

++ Rebat dari pelanggan-pelanggan Government for Domestic menggunakan bekalan elektrik RM20 setiap bulan masih diselenggara.  ++ Terdapat lebih kurang 1 juta daripada pelanggan-pelanggan Domestic dalam kategori ini

  • Apakah komponen kos membekalkan elektrik kepada pelanggan-pelanggan?

Komponen kos yang utama membekalkan elektrik dikaitkan dengan generasi,penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik melalui kepada pengguna: ++ Kos bahan api (misalnya batu arang, gas dan jenis lain bahan api digunakan olehpenjana) ++ Pembelian kuasa berharga dari generator-generator Independent Power Producers (IPP) and TNB ++ Operasi dan kos penyelenggaraan untuk infrastruktur industri bekalan elektrik ++ Perolehan bahagian dan peralatan ++ Perbelanjaan modal untuk membina dan membersihkan projek-projek infrastruktur - misalnya penghantaran dan rangkaian pengagihan, stesen-stesen sub, pusat kawalandan loji tenaga (termasuk membiayai kos)

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.