Penerbitan 2010

READ FUAD HASAN
PATRIOTISME MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Bil. Muka Surat : 102
 
Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2009

Sinopsis :

Sejarah dunia merakamkan bahawa nasionalisme dalam pengertian negara-bangsa (nation-state) bermula dari benua Eropah di sekitar abad pertengahan yang dipelopori oleh Martin Luther di Jerman. Dalam Islam, berdasarkan pandangan beberapa sarjana Islam, maksud yang ada kaitan dengan semangat kebangsaan atau nasionalisme itu ialah istilah wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam. Perkara ini akan dihurai lanjut di bawah pandangan tokoh dan sarjana Islam yang dihimpun dalam buku ini.

UBAH GAYA HIDUP
Pages : 20
 
Production : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2009

Synopsis :

Exclusive interview with Malaysian Deputy Prime Minister (now Prime Minister) regarding the need of changing people's mind set about the importance of being conservative in facing rising oil price.

Full Reading

ANJAKAN BANGSA
Penulis: Zainuddin Maidin
 
Bil. Muka Surat : 125
 
Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2009

Sinopsis :

Membicarakan cara gaya dan pendekatan 5 pemimpin negara dari zaman merdeka, memacu pembangunan negara dan mencetus idea demi idea yang mencorak anjakan paradigma rakyat.

GAGASAN 1MALAYSIA: KESINAMBUNGAN BINA NEGARA BANGSA

Penulis: Mohd Ayop Bin Abd Razid

Bil. Muka Surat: 93

Sinopsis:

Buku ini merupakan koleksi dan kompilasi artikel saudara Mohd Ayop Abd.Razid yang kebanyakannya telah tersiar di akhbar Berita Harian. Sebuah buku yang menjelaskan tentang GAGASAN 1Malaysia yang dipersembahkan dengan bahasa yang mudah difahami serta berinformasi. Merupakan sebahagian daripada sumbangan JASA dalam menambah dan memperkayakan lagi khazanah bahan bacaan yang berorientasikan pengetahuan am kenegaraan dalam Bahasa Melayu yang boleh dijadikan rujukan masa kini.

-Edaran percuma-

WAH 10!

Bil. Muka Surat: 34

Sinopsis:

Buku yang diterbitkan untuk memberi pemahaman kepada rakyat mengenai RMK 10. Dipersembahkan dalam bentuk karikatur yang mudah difahami serta menarik.

–Edaran Percuma-

MEMAHAMI HUBUNGAN AHLI POLITIK DAN PENTADBIR DI MALAYSIA

Penulis: Hj. Yahaya Abdullah

Bil. Muka Surat: 50

Sinopsis:

Buku ini merupakan penjelasan mengenai hubungan ahli politik dan pentadbir di Malaysia . Fakta dan hujah di dalam buku ini berupaya menjelaskan asas-asas teoritikal dan interaksi antara ahli politik dan pentadbir. Terbahagi kepada 6 Bab .

Bab 1  :Transformasi Menuju wawasan

Bab 2  : Ahli politik dan pentadbir

Bab 3  : Konsep: Interaksi ahli politik dan pentadbir.

Bab 4 : Pembentukan Polisi: Peranan Ahli Politik dan Pentadbir

Bab 5 : Pelaksanaan Polisi : Interaksi antara Ahli Politik dan Pentadbir

Bab 6  : Perhubungan Ahli Politik dan pentadbir : Menuju

PENJELASAN ISU TUNTUTAN PETROLEUM KERAJAN NEGERI KELANTAN

Bil. Muka Surat: 20

Sinopsis:

Merupakan soal jawab  mengenai isu tuntutan hasil petroleum kerajaan Negeri Kelantan

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.