Penerbitan 2011

LEAFLET GAGASAN 1MALAYSIA

Sinopsis:

Merupakan penerangan mengenai Gagasan 1 Malaysia yang di asaskan oleh YB. Dato’ Sri Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia. Terdapat dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Edaran percuma

JOM 1

Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 54

Sinopsis:

Memaparkan sebuah buku berkonsepkan karikatur yang menerangkan mengenai konsep 1Malaysia. Menjelaskan konsep 1Malaysia dengan bahasa yang mudah dan gambar yang lebih menarik untuk golongan sasar. Edaran percuma

RUKUN NEGARA: IDEOLOGI, FALSAFAH DAN ETIKA

Penulis : Mohd Ayop Bin Abd Razid

Bil. Muka Surat : 28

Sinopsis:

Merupakan sebuah buku yang menghuraikan mengenai Rukun Negara bermula daripada peristiwa tercetusnya idea melahirkan  Rukun Negara sehinggalah penghuraian 5 prinsip Rukun Negara. Selain itu menghuraikan Rukun Negara sebagai ideologi , falsafah dan etika serta Rukun Negara sebagai Nilai Kenegaraan.

MENGENALI SEJARAH DAN ASAS-ASAS PERLEMBAGAAN NEGARA

Penulis : Mohd Ayop Bin Abd Razid

Bil. Muka Surat : 142

Harga: RM 19.00

Sinopsis:

Menyedari pentingnya Perlembagaan Negara diketahui dan difahami oleh sekalian rakyat, maka buku Mengenali sejarah dan Asas-asas Perlembagaan Negara ini di terbitkan. Isi kandungan buku ini menyentuh perkara berkaitan sejarah penerapan perundangan Inggeris, kelahiran perlembagaan moden Malaysia (Perlembagaan Persekutuan) kandungan Perlembagaan Persekutuan, pembahagian kuasa antara kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri mengikut perlembagaan dan unsur-unsur tradisi yang merupakan sebahagian daripada ‘kontrak sosial’ yang dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

AGENDA TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI

Penulis : Mohd Ayop Bin Abd Razid

Bil. Muka Surat : 115

Sinopsis:

Buku ini merupakan kompilasi artikel penulis mengenai program transformasi kerajaan yang tersiar di akhbar. Keseluruhan kandungan buku ini menjelaskan aspek-aspek berkaitan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) Model Baru Ekonomi (GTP), dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Edaran percuma.

WAH! MESRA 1MALAYSIA

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 37

Sinopsis:

Penampilan Wah! Mesra 1Malaysia merupakan usaha murni dan luhur dalam menyerlah ruang lingkup 1Malaysia dan agenda transformasi kerajaan. Memaparkan himpunan petikan YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai 1Malaysia. Di terjemahkan dalam 4 bahasa di dalam sebuah buku (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Edaran percuma.

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.