Penerbitan 2012

READ FUAD HASAN
RISALAH TAMIL- PROGRAM KHUSUS UNTUK MASYARAKAT INDIA

RISALAH TAMIL- PROGRAM KHUSUS UNTUK MASYARAKAT INDIA

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Sinopsis:

Merupakan penerangan program khusus untuk masyarakat India melalui peruntukan yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri. Edaran percuma.

RISALAH BAJET 2012

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Sinopsis:

Merupakan penerangan ringkas mengenai Bajet 2012  yang dibentangkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Edaran percuma.

MASA DEPAN CEMERLANG

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 122

Sinopsis:

Buku ini menceritakan mengenai pembangunan yang telah dicapai oleh masyarakat India sejak merdeka khususnya  di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Malaysia kini. Edaran percuma.

BR1M –BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 4

Sinopsis:

Merupakan sebuah buku kecil yang memberi penjelasan tentang satu lagi produk 1Malaysia. Menjelaskan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang merupakan tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan kenaikan kos hidup rakyat. Diterbitkan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil. Edaran percuma.

PENYERLAHAN AMALAN NILAI-NILAI MURNI 1MALAYSIA

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 63

Sinopsis:

Penampilan Buku Penyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni 1Malaysia ini adalah merupakan usaha murni dan luhur dalam menerapkan amalan nilai murni dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia khususnya. Di dalamnya terkandung 21 amalan nilai murni antaranya sabar, berbudi bahasa, bekerjasama dan lain-lain yang diolah dalam bahasa yang mudah difahami serta gambar-gambar yang menarik.Edaran Percuma.

BANTUAN GENERASI MUDA 1MALAYSIA

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 26

Sinopsis:

Buku Rujukan Bantuan Generasi Muda 1Malaysia ini merupakan kompilasi program-program latihan dan bantuan-bantuan berbentuk dana yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan, kemahiran dan taraf hidup generasi muda.Edaran Percuma.

PANDUAN PENJELASAN ISU SEMASA

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Bil. Muka Surat : 322

Sinopsis:

Buku "Panduan Penjelasan Isu Semasa" ini disediakan oleh JASA, Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan (KPKK) sebagai panduan dan sumber maklumat untuk memberikan gambaran berhubung isu-isu semasa. Hal ini seterusnya dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar permasalahan yang dibangkitkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang cuba memanipulasikan fakta dan menyelewengkan kebenaran, agar rakyat terpengaruh sekaligus menanam perasaan negatif terhadap kerajaan. Edaran Percuma.

PANDUAN PENJELASAN ISU SEMASA JILID 1-3

Terbitan: Jabatan Hal Ehwal Khas

Terbahagi kepada 3 Jilid :

Jilid 1 : Panduan Penjelasan Dasar-Dasar Negara

Jilid 2 : Panduan penjelasan Isu-Isu Nasional

Jilid 3 : Panduan Penjelasan Isu-Isu Negeri

Sinopsis:

Buku "Panduan Penjelasan Isu Semasa" ini disediakan oleh JASA, Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan (KPKK) sebagai panduan dan sumber maklumat untuk memberikan gambaran berhubung isu-isu semasa. Hal ini seterusnya dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar permasalahan yang dibangkitkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang cuba memanipulasikan fakta dan menyelewengkan kebenaran, agar rakyat terpengaruh sekaligus menanam perasaan negatif terhadap kerajaan. Edaran Percuma.

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.