Bahasa Melayu | English | Lain
 
Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

Webmail
Nama :
Katalaluan :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 

noimage

 
Pautan Umum
Facebook Ketua Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semak Daftar Pemilih SPR
integrated sistem pemantauan aduan agensi awam
u-Pustaka

Ikuti Kami di:

youtube
 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini188
Minggu IniMinggu Ini2558
Bulan IniBulan Ini11243
Jumlah TerkiniJumlah Terkini18520

Ucapan Sempena Majlis Pelancaran KARISMA

UCAPAN YBHG. DATO` FUAD BIN TAN SRI HASSAN, KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA), KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA (KARISMA) PADA 20 OKTOBER 2009 DI DEWAN KULIAH UTAMA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA




ALU-ALUAN

1. Pertama-tama saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Dato` Seri Utama Dr.Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang sudi hadir bagi merasmikan Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) pada malam ini. Walaupun dalam kesibukan memimpin sebuah Kementerian yang mempunyai gabungan agensi yang cukup besar, tetapi YB Dato`Seri masih sudi melapangkan masa untuk hadir dalam program JASA yang cukup sederhana ini.

2. Juga, ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Seri Maznah Rais yang turut sudi menemankan Dato` Menteri pada malam ini. Tujuan kita menjemput Datin Maznah Rais hadir adalah untuk mengesahkan kenyataan bahawa kejayaan setiap lelaki jangan diliupakan peranan isteri di belakangnya.

3. Terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Hamzah Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM) kerana sudi menjadi tuan rumah dalam program pelancaran KARISMA yang bersejarah ini.

4. Mungkin ada yang bertanya mengapa UM dipilih sebagai tuan rumah pelancaran pada majlis malam ini. Jawabnya, UM dipilih adalah kerana Menteri KPKK, Dato` Seri Utama Dr. Rais Yatim adalah menteri yang diberi tugas oleh Kabinet untuk menjadikan UM sebagai "anak angkat" Menteri KPKK. Maka pelancaran ini diharap akan menjadi gerak kerja permulaan Dato` Seri Utama memulakan program anak angkat di UM.


LATAR BELAKANG KARISMA

5. KARISMA lahir daripada program latihan JASA terhadap golongan muda terutamanya mahasiswa/i di menara gading untuk bersama membina semangat 1Malaysia demi memastikan kesinambungan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negara ini dapat dibina secara berterusan.

6. Sejak dari 24 Julai 2009, iaitu seminggu selepas saya diamanahkan oleh Dato` Seri Utama untuk memegang jawatan Ketua Pengarah JASA, kami di JASA telah mula menggerakkan program latihan untuk mahasiswa/i di enam buah universiti utama, iaitu UM, UKM, UIAM, UPM, UPSI, UiTM, UUM dan Kolej Islam Antarabangsa.


TUJUAN


7. Tujuan program ini adalah untuk membekalkan mahasiswa/i dengan kemahiran yang diperlukan untuk bertindak dan berperanan sebagai kader-kader 1Malaysia yang berkesan. Sebanyak 10 program latihan telah dijalankan sejak 24 Julai lalu bertempat di beberapa kem; Kem Bukit Unggul Dengkil, Hulu Yam, Kem Lembah Lenggong, Padang Garus, Lenggong, Perak dan Kem Bukit Hijau, Baling, Kedah.

8. Ini merupakan program persedian untuk melatih para mahasiswa/i agar menjadi pemimpin ynag berkesan, baik dalam persatuan kampus mahupun luar kampus, di samping berjaya dengan cemerlang dalam akademik serta berani menghadai cabaran dan dugaan di alam pekerjaan kelak.

9. "Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk" - Al-Khafi

10. Sehingga kini, melalui para fasilitator yang berdedikasi dan berpengalaman, JASA telah melatih 700 kader dalam tempoh hampir tiga bulan. Sekiranya kami diberi kepercayaan dan bantuan semua pihak, dan sekiranya dalam lingkungan KPI/KRA YB Menteri KPKK serta dengan izin Menteri Pengajian Tinggi, JASA sanggup melatih 10,000 kader 1Malaysia sehingga tahun 2013 dengan purata 2,000 orang setahun.

11. Melalui KARISMA, kami berjanji akan menjayakan pembinaan dan pegukuhan kerajaan yang kuat berasaskan semangat 1Malaysia. JASA akan cuba mempastikan penambahan kuantiti kader tidak akan melemahkan kualiti para pejuang Karisma yang terpilih.


MODUL

12. Dalam program latihan ini, KARISMA JASA akan menggunakan dua modul utama, iaitu Modul Cabaran Generasi Muda dan Modul Bangsa Yang Tewas

 
:: Politik ::
(96) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(52) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(61) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(79) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(24) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(35) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(11) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(3) artikel ditemui ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(1) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012