Bahasa Melayu | English | Lain
 
Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

Webmail
Nama :
Katalaluan :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 

noimage

 
Pautan Umum
Facebook Ketua Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Semak Daftar Pemilih SPR
integrated sistem pemantauan aduan agensi awam
u-Pustaka

Ikuti Kami di:

youtube
 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini190
Minggu IniMinggu Ini2560
Bulan IniBulan Ini11245
Jumlah TerkiniJumlah Terkini18522

Gagasan 1Malaysia diterima baik

KUALA LUMPUR 26 April – Tahap kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap gagasan 1Malaysia didapati meningkat kepada 84.4 peratus walaupun ia mendapat kritikan negatif kalangan parti pembangkang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dari segi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pula, ia melebihi 50 peratus daripada sasaran yang ditetapkan kementerian dengan pencapaian sebanyak 71.9 peratus.

Namun menurut beliau, pihaknya mahu jumlah penglibatan responden dalam kajian berkaitan tahap kefahaman serta penerimaan itu diperluaskan berbanding pelaksanaan kajian sepanjang Jun hingga Julai tahun lalu yang membabitkan 15,353 responden.

“Oleh yang demikian, kita akan memperbesarkan jumlah responden yang ditemu bual sehingga 30,000 orang dalam kajian akan datang.

“Sungguhpun begitu, di peringkat sekarang ini, tahap kefahaman serta penerimaan boleh dianggap membanggakan dan ia merupakan prinsip kenegaraan yang paling mudah disampaikan kepada rakyat tanpa banyak masalah. Hanya kritikan-kritikan politik tetapi kita yakin akan dapat atasi.

“Laporan pencapaian hasil kajian tahun lalu juga akan kita bentangkan ke Kabinet bagi menunjukkan trend dan kecenderungan yang harus diambil perhatian oleh kerajaan selepas ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Penyerlahan Gagasan 1Malaysia di Menara Telekom Malaysia, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Telekom Malaysia Bhd. (TM), Datuk Halim Shafie dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan.

Rais berkata, bagi menyerlahkan lagi kefahaman orang ramai terhadap 1Malaysia, kementerian melalui agensinya akan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan berteraskan golongan belia.

Kementerian juga, ujarnya, akan menyerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam sesi bimbingan di institusi perguruan di seluruh negara bagi membolehkan golongan pendidik menyemai semangat perpaduan di kalangan murid dan pelajar sekolah.

“Kita akan memohon keizinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai sesi bimbingan berkenaan termasuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang mengikuti kursus di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan),’’ katanya.

Bagi kaum minoriti di Sabah dan Sarawak termasuk orang Asli pula, jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan pendekatan sesuai dalam menyerlahkan gagasan 1Malaysia kepada golongan terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau memberitahu bahawa gagasan 1Malaysia adalah kesinambungan daripada pemikiran pemimpin terdahulu termasuk Wawasan 2020 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Perubahan yang dibawa oleh setiap pemimpin adalah perkara biasa. Namun, ia tidak lari daripada ‘tulang belakang’ yang ingin dibawa iaitu membina gagasan Malaysia yang bersatu padu,’’ tambahnya. - Utusan Malaysia 27/4/2011

 
:: Politik ::
(96) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(52) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(61) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(79) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(24) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(35) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(11) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(3) artikel ditemui ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(1) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012