PAMERAN SEMPENA PELANCARAN KOMUNITI 1MALAYSIA
Unit Pameran Jabatan Hal Ehwal Khas telah menyertai pameran sempena Pelancaran Komuniti 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Padang Kantan, Bukit Sentosa,Hulu Selangor. Pameran berlangsung selama 3 hari bermula pada 6 hingga 8 Januari 2012 bermula seawal 8.00 pagi hingga jam 10 malam. Pelancaran Komuniti 1Malaysia ini telah disempurnakan oleh YAB.Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Program diisi dengan persembahan kebudayaan dan jualan produk oleh Komuniti 1Malaysia seluruh Malaysia selama 3 hari tersebut.
Konsep pameran JASA pada kali ini ialah berkisar mengenai program JASA Prihatin yang merupakan sebuah program yang diwujudkan bagi membantu golongan yang memerlukan Melalui pameran ini khalayak didedahkan dengan gambar-gambar rumah dan insan kurang bernasib baik yang di beri bantuan melalui program tersebut. Pada masa yang sama juga khalayak lebih memahami visi, misi dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Khasa (JASA) melalui penerangan oleh pegawai yang bertugas.
Selain pameran, JASA juga turut mengedarkan bahan-bahan terbitan JASA seperti buku, Rukun Negara,Jom Satu, Wah Mesra dan Gagsan 1Malaysia. JASA turut mengadakan kuiz berkisar mengenai Konsep 1Malaysia kepada pengunjung.YBhg. Timbalan Ketua Pengarah JASA, Datuk Abu Talib bin Harun turut hadir dalam pameran berkenaan.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, turut mengunjungi gerai pameran pada kali ini. Selain itu juga pameran turut dikunjungi oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Secara kesimpulannya , program ini berjaya mencapai matlamatnya memberi penerangan yang jelas mengenai Gagasan 1Malaysia dan memberi penjelasan tentang program JASA Prihatin dengan kehadiran pengunjung yang dianggarkan seramai 2000 orang. Pameran seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Oleh: Unit Komunikasi Media JASA
(Gambar di Galeri)


























