Oleh : Hasim Mohamed (Pegawai Perhubungan Awam,JASA)
2 Jun 2012, Kota Bharu- Radio Malaysia Kelantan FM telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 66 dengan penganjuran Karnival 66 tahun RTM,Radio Malaysia Kelantan FM bermula 28 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah diatur dengan pelbagai acara untuk menghargai sokongan orang ramai khususnya rakyat Kelantan terhadap Kelantan FM dengan 800 ribu daripada 1.5 juta penduduk Kelantan mendengar Kelantan FM dan juga muncul sebagai stesen radio yang paling tinggi pendapatan iklan. Antara program dan acara yang telah diatur adalah seperti Pameran,Dikir Barat,Demonstrasi Masakan Akok,Forum Islam,Pertandingan Burung Candik,Ayam Serama,Permainan Gasing Uri,Pertandingan Permainan Video PS2, Persembahan Kebudayaan,Persembahan ATM,PDRM,Pertandingan Futsal serta Konsert 1 Suara RTM.Disamping itu juga,Pameran Piala FA selama 3 hari serta peluang beramah mesra dengan Pasukan Bola sepak ‘The Red Warrior’ menjadi tarikan utama program tersebut.
Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) tidak ketinggalan melibatkan diri dalam program ini dengan mengadakan pameran nilai-nilai murni,pengedaran bahan penerbitan ,pertandingan kuiz kenegaraan kepada pengunjung tapak pameran JASA serta pengedaran borang soal selidik bagi menambahbaik mutu dan maklumat berkaitan. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga telah mengambil bahagian di dalam pertandingan futsal, dianggotai oleh kakitangan JASA Negeri Kelantan.
Karnival 66 tahun RTM ini telah disempurnakan Perasmiannya oleh YB. Dato Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan yang diiringi oleh Isteri YBhg Datin Seri Masnah Rais dan YB Menteri sempat meluangkan masa melawat tapak pameran JASA bersama-sama tetamu kehormat yang lain termasuk YBhg Datuk Abu Talib Harun,Timbalan Ketua Pengarah JASA .Hadiah kepada pemenang kuiz kenegaraan sempena pameran JASA telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abu Talib Harun,Timbalan Ketua Pengarah JASA.
Seramai 3,000 pengunjung karnival selama 3 hari tersebut ,dan telah memberi peluang kepada orang ramai secara tidak langsung untuk mendekati dan memahami perancangan dan agenda kerajaan ke arah menuju negara maju dan menjayakan wawasan 2020 serta rancangan transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat melalui perancangan yang telah diatur.











