Oleh : Unit Komunikasi Media
Unit Pameran Jabatan Hal Ehwal Khas telah menyertai pameran sempena Program Jom Gen-Y “Stand As One” anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS). Programini telah berlansung selama 2 hari iaitu dari 7 hingga 8 Julai di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur bermula dari 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam.
Program yang dilaksanakan ini khusus untuk golongan yang berusia antara 19 hingga 27 tahun, program ini adalah salah satu platform untuk Generasi-Y meluah ekspresi dan menyalurkan kreativiti mereka melalui aktiviti seperti pertandingan ‘skate’, fotografi, ‘paintball’ dan permainan ‘playstation’.
Program Jom Generasi-Y ''Stand as One'' bermula dengan upacara gimik Konvoi Berbasikal dan pelbagai aktiviti lain di Taman Metropolitan Batu. Konvoi lebih dari 200 peserta dari golongan belia telah bermula di Dataran Tugu Negara dan tamat di Taman Metropolitan Batu yang merupakan lokasi program-program utama.
Konsep pameran pada kali ini ialah berkisar mengenai Program Transfomasi Kerajaan dan Penyerlahan Amalan Nilai-nilai Murni bersesuaian dengan khalayak yang rata-ratanya merupakan golongan belia. Melalui pameran ini diharapkan khalayak lebih memahami Program Transfomasi Kerajaan dan nilai-nilai murni yang perlu di terapkan dalam kalangan masyarakat
Selain pameran, JASA juga turut mengedarkan bahan-bahan penerbitan JASA seperti buku Gagasan 1Malaysia, Wah Mesra, Bantuan Generasi Muda dan Buku Penyerlahan Amalan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan pada 7 Jun lalu. Selain itu pin 1Malaysia dan lencana nilai-nilai murni turut diedarkan semasa pameran berlangsung. Borang kaji selidik pameran juga turut diedarkan untuk mendapat pandangan orang awam mengenai pameran yang telah dilaksanakan
Secara kesimpulannya , program ini berjaya mencapai matlamatnya untuk memberi penerangan yang jelas mengenai Program Transformasi Kerajaan dengan kehadiran pengunjung yang dianggarkan seramai 3,000 orang. Pameran seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.











