Oleh : Hasim Mohamed (Pegawai Perhubungan Awam,JASA)
14 Julai 2012, Jelebu- Jalur Gemilang wajib dikibar sebagai tanda kesamaan dalam menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan bulan kemerdekaan ke 55. Selain itu,nilai-nilai murni dikalangan rakyat harus diterapkan dengan lebih berkesan melalui program-program pameran dan sebagainya supaya budaya caci mencaci dan tuduh menuduh terutama kepada pemimpin negara yang dibuat menerusi saluran akhbar dan laman media sosial yang dilihat semakin berleluasa perlu dihentikan.
YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan berucap semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu. Terdahulu,dalam ucapannya juga ,Dato’ Sri Utama Dr Rais Yatim, yang juga Ahli Parlimen Jelebu meminta pemimpin-pemimpin Cawangan perlu lebih aktif dan mendekati rakyat dengan mempelbagaikan aktiviti serta lebih aktif terutama dalam mendekati masyarakat setempat.
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang diadakan pada 14 Julai 2012 di Dewan Majlis Daerah Jelebu ,Dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan . Sepanjang berlangsungnya mesyuarat tersebut,Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) telah mengadakan pameran penyerlahan amalan nilai-nilai murni 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan bagi tatapan semua ahli mesyuarat yang hadir.
YB. Dato Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan sempat meluangkan masa meninjau pameran tersebut dan memberi beberapa cadangan penambahbaikan pada pameran akan datang bagi menjayakan lagi hasrat kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat khususnya melalui program Tranformasi Kerajaan.









