Pengumuman

MAJLIS BERBUKA PUASA " RAMADHAN: KU TUNGGU KAU DATANG" 2016

28 JUN 2016 -  JASA meraikan 30 orang anak yatim dan anak yang kurang berkemampuan daripada SMK Taman Keramat di satu Majlis Berbuka Puasa anjurannya yang diadakan di Cofee House , Hotel Primeira, Kuala Lumpur. Majlis anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan JASA (KKdS) ini  dihadiri oleh kakitangan JASA Ibu Pejabat, Panel Pemikir, Pengarah Bahagian, Pengarah JASA Negeri serta beberapa kakitangan JASA Negeri itu merupakan antara majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh  Ketua Pengarah JASA , YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi .

Selain itu juga, beliau majlis turut meraikan 5 orang kakitangan JASA yang telah bertukar sebagai tanda penghargaan di atas khidmat mereka sepanjang berkhidmat di JASA. Sesi penyerahan sumbangan raya kepada Pengarah JASA Negeri juga turut disampaikan oleh Ketua Pengarah JASA Malaysia. Sebelum itu beliau turut berkesempatan menghadiri Majlis berbuka puasa anjuran JASA pahang dan JASA Kelantan.

 

TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.