Bahasa Melayu | English | Lain
 
Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

Webmail
Nama :
Katalaluan :
 
1Malaysia
KPKK 1Malaysia
 
Aplikasi Atas Talian
Majlis Bersama Jabatan
Sistem Pemantauan Pengurusan Aset
eperolehan
 
Hadis Hari Ini

Catatan Kebaikan Dan Kejahatan

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada-ku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu."

 

 
Waktu Sembahyang
[ Tukar Kawasan ]

Tutup
Pautan Agensi
KPKK
KPKK
Jabatan Penerangan
PENERANGAN
JKKN
JKKN
IPPTAR
IPPTAR
RTM
RTM
Bernama
BERNAMA
Arkib Negara
ARKIB NEGARA
Filem Negara
FILEM
NEGARA
SKMM
SKMM
Aswara
ASWARA
Balai Seni Lukis
BALAI SENI
LUKIS
Muzium
JABATAN
MUZIUM
Kraftangan
KRAFTANGAN
Finas
FINAS
Perpustakaan Negara
PERPUSTAKAAN NEGARA
Istana Budaya
ISTANA
BUDAYA
Jabatan Warisan Negara
JABATAN
WARISAN NEGARA

 

STATUS PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

 

MEDIA RELEASE

SIARAN MEDIA

KENYATAAN OLEH YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH

MENTERI KEWANGAN II

MENGENAI STATUS PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada 15 Januari 2012 dan  akan diberikan  dalam bentuk  baucar tunai. Majlis-majlis penyerahan baucar BR1M  kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara.

Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012. Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada  keciciran kepada pemohon yang layak  menerima bantuan.

Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Dalam tempoh dua bulan tersebut, setiap pemohon yang berjaya  akan menerima surat  pemakluman masing-masing  secara berperingkat, dengan disertakan  tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

Baucar-baucar boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank  diseluruh negara.  Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012.

Bagi memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar  menunaikan baucar  BR1M, Kerajaan telah menyediakan kaunter-kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan tersebut.

Sehingga  10 Januari  2012, sebanyak  4,123,713  borang BR1M telah diterima dari seluruh Negara. Daripada jumlah itu, 3,850,668  borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan. Sehingga  10 Januari  2012, sebanyak  3,102,054 permohonan yang telah diluluskan. Baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari 2012.

Bagi pemohon yang lewat menyerahkan borang permohonan, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M selama satu bulan, iaitu sehingga 10 Febuari  2012. Orang ramai masih boleh menghantar borang-borang permohonan BR1M di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.

Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat. Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat  cawangan LHDN dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

 

Kementerian Kewangan Malaysia

12 Januari 2012

 

 

 

 
:: Politik ::
(93) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(41) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(61) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(68) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(19) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(24) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(10) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(3) artikel ditemui ...

:: Pejabat Ketua Pengarah ::
(1) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2011
Hubungi kami : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan  
Tingkat 3-6 Blok D  Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana  Jalan Dato` Onn  50610 Kuala Lumpur  Malaysia  
Tel : 03-26987152 / 03-26937502 / 03-26937498 / 03-26937469  Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Pelawat Hari Ini :  93 Pelawat Bulan Ini :  1594 Jumlah Pelawat :  4121 Latest update: 23-02-2012

PENAFIAN :
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Paparan terbaik dengan IE 7+ dan diuji dengan Mozilla Firefox 3+, GChrome, Opera dengan resolusi terbaik 1280 * 800