Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini201
Minggu IniMinggu Ini2572
Bulan IniBulan Ini15838
Jumlah TerkiniJumlah Terkini214761

PAMERAN SEMPENA PESTA KAAMATAN SABAH 2012

Oleh : Siti Aisah Binti Muharom


Unit Komunikasi Media JASA


16 Jun 2012 – Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. (sumber :Wikipedia)


Bagi menyemarakkan sambutan Pesta Kaamatan 2012 pada tahun ini, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama jabatan serta agensi di bawahnya termasuklah Kerajaan Negeri Sabah telah memilih kawasan pendalaman sebagai tempat berlangsung sambutan tersebut sebagai menyahut seruan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


Tidak seperti kebiasaannya ,sambutan kerap diadakan di Kota Kinabalu, tetapi pada tahun ini sambutan Pesta Kaamatan negeri Sabah telah diadakan di kawasan pendalaman iaitu di Keningau, Sabah bertujuan mendekati rakyat di pendalaman serta memberi peluang rakyat di pendalaman  merasai sendiri sambutan yang penuh bersejarah ini.


YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama isteri turut hadir bagi memeriahkan program sekaligus menyempurnakan perasmian program tersebut. Selain itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim juga turut hadir bersama isteri bagi memeriahkan lagi sambutan pesta tersebut.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Faizal Tahir, Kumpulan Fabulous Cat, Nash dan Jimmy Palikat serta artis tempatan. Selain persembahan artis, majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan juga pertandingan ratu cantik  atau lebih dikenali sebagai “Unduk Ngadau”.


Justeru itu, Jabatan Hal Ehwal Khas melalui Unit Komunikasi Media (UKOM) turut bersama-sama menyemarakkan lagi Pesta Kaamatan dengan mengadakan pameran yang khususnya dibuat bagi memberi penjelasan mengenai Program Prihatin 1Malaysia yang dijalankan di Negeri Di Bawah Bayu tersebut.


Pameran pada kali ini memfokuskan mengenai bangunan komuniti yang telah di dibaikpulih seperti balai raya, surau dan gereja. Selain itu juga turut dipamerkan gambar rumah-rumah yang akan dibaikpulih di kawasan tersebut. Semua kerja baik pulih ini diadakan secara gotong-royong dan merupakan salah satu daripada pengisian utama Program Prihatin 1Malaysia.


Selain pameran , JASA juga telah menjalankan soal selidik kepada masyarakat yang rata-ratanya penduduk pendalaman untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi mereka. YAB Perdana Menteri turut berkesempatan mengunjungi gerai pameran yang diadakan termasuklah gerai JASA dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Dato’ Fuad Bin Tan Sri Hassan.


Lebih 5,000 pengunjung telah mengunjungi gerai pameran JASA pada kali ini dan secara kesimpulannya pameran telah berjaya mencapai matlamatnya dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

 

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(96) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012