Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini145
Minggu IniMinggu Ini2516
Bulan IniBulan Ini15782
Jumlah TerkiniJumlah Terkini214705

PAMERAN SEMPENA PROGRAM TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA (TR1Ma)

Oleh : Unit Komunikasi Media (UKOM)

24 Jun 2012 – Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang bertuah kerana telah banyak menerima intensif daripada pihak kerajaan. Pemberian intensif-intensif ini telah diberikan kepada setiap lapisan masyarakat seperti yang berbentuk daripada Baucar Buku 1Malaysia sehinggalah kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Peruntukan-peruntukan sebegini merupakan langkah kerajaan yang diambil untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia agar kita semua dapat merasai pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Bagi menyemarakkan lagi program transformasi pihak kerajaan disebabkan hasil inisiatif yang positif, Kerajaan sekali lagi memberikan sejumlah peruntukan yang besar untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, program anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) demi menghargai sumbangan dan meringankan beban pemandu-pemandu teksi di Malaysia.

Program yang berlangsung selama sehari itu telah melibatkan banyak agensi yang ada di Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga tidak terkecuali untuk mengadakan pameran bagi memberikan informasi terbaru kepada orang ramai tentang program-program yang telah dijalankan. Pameran JASA kali ini adalah membawa konsep Prihatin 1Malaysia di mana kosnep kali ini telah memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilaksanankan.

Disamping itu, JASA melalui Unit Komunikasi Media (UKOM) turut tidak ketinggalan mempromosikan buku baru terbitan JASA iaitu buku ‘Peneyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni 1Malaysia’ yang telah disempurnakan majlis pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 7 jun 2012.

Ketua Pengarah JASA, Dato’ Fuad Tan Sri Hassan juga turut berkesempatan meluangkan masa untuk melawat tapak pameran JASA dan sempat berbual mesra dengan urus setia pameran ini. Selain itu, borang-borang soal selidik juga telah diedarkan kepada orang ramai berkenaan dengan penambahbaikan mutu pameran selain juga berkisar tentang program-program transformasi kerajaan.

Seramai 5,000 pengunjung telah mengunjungi gerai pameran JASA pada kali ini di mana secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada mereka. Justeru, secara kesimpulannya pameran ini telah mencapai matlamatnya dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan informasi-informasi yang terbaru tentang Program Transformasi Kerajaan (GTP).

 

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(96) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012