Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

kpkk 1malaysia senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi
KPKK
Jabatan Penerangan
Filem Negara
JKKN
IPPTAR
SKMM
Balai Seni Lukis
Muzium
Jabatan Warisan Negara
Kraftangan
Finas
Istana Budaya
RTM Bernama Arkib Negara
JKKN
IPPTAR
Perpustakaan Negara
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini292
Minggu IniMinggu Ini2151
Bulan IniBulan Ini15417
Jumlah TerkiniJumlah Terkini214340

PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN KARNIVAL 66 TAHUN RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) KOTA BHARU, KELANTAN

Oleh : Hasim Mohamed (Pegawai Perhubungan Awam,JASA)

2 Jun 2012, Kota Bharu- Radio Malaysia Kelantan FM telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 66 dengan penganjuran Karnival 66 tahun RTM,Radio Malaysia Kelantan FM  bermula 28 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012.

Program yang berlangsung selama  3 hari 2 malam itu telah diatur dengan pelbagai acara untuk menghargai sokongan  orang ramai khususnya rakyat Kelantan terhadap Kelantan FM  dengan 800 ribu daripada 1.5 juta penduduk Kelantan mendengar Kelantan FM dan juga muncul sebagai stesen radio yang paling tinggi pendapatan iklan. Antara program dan acara yang telah diatur adalah seperti Pameran,Dikir Barat,Demonstrasi Masakan Akok,Forum Islam,Pertandingan Burung Candik,Ayam Serama,Permainan Gasing Uri,Pertandingan Permainan Video PS2, Persembahan Kebudayaan,Persembahan ATM,PDRM,Pertandingan Futsal serta Konsert 1 Suara RTM.Disamping itu juga,Pameran Piala FA selama 3 hari serta peluang beramah mesra dengan Pasukan Bola sepak ‘The Red Warrior’ menjadi tarikan utama program tersebut.

Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA)  tidak ketinggalan melibatkan diri dalam program ini dengan mengadakan pameran nilai-nilai murni,pengedaran bahan penerbitan ,pertandingan kuiz kenegaraan kepada pengunjung tapak pameran JASA serta pengedaran borang soal selidik bagi menambahbaik mutu dan maklumat berkaitan. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga telah mengambil bahagian di dalam pertandingan futsal, dianggotai oleh kakitangan JASA Negeri Kelantan.

Karnival 66 tahun RTM ini telah disempurnakan Perasmiannya oleh YB. Dato Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan  yang diiringi oleh Isteri YBhg Datin Seri Masnah Rais dan YB Menteri sempat meluangkan masa melawat tapak pameran JASA bersama-sama tetamu kehormat yang lain termasuk YBhg Datuk Abu Talib Harun,Timbalan Ketua Pengarah JASA .Hadiah kepada pemenang kuiz kenegaraan sempena pameran JASA telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abu Talib Harun,Timbalan Ketua Pengarah JASA.

Seramai 3,000 pengunjung karnival selama 3 hari tersebut ,dan telah memberi peluang kepada orang ramai  secara tidak langsung untuk mendekati dan memahami perancangan dan agenda kerajaan ke arah menuju negara maju dan menjayakan wawasan 2020 serta rancangan transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat melalui perancangan yang telah diatur.

 
:: politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: penerangan-isu ::
(96) artikel ditemui ...

:: ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: luar-negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: isu-lapangan ::
(84) artikel ditemui ...

:: wawancara-ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: aktiviti-jasa ::
(59) artikel ditemui ...

:: minathobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: khidmat-pengurusan ::
(5) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012