Saturday, 07 July 2012 14:10 Radhi Razak (klpos)

KUALA LUMPUR 7 Julai - Program Jom Generasi-Y ''Stand as One'' dimulakan dengan upacara gimik Konvoi Berbasikal sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti berkaitan di sini hari ini.
Penyertaan lebih dari 200 peserta dari golongan belia telah memulakan konvoi tersebut di Dataran Tugu Negara dan tamat di Taman Metropolitan Batu yang merupakan lokasi program julung kalinya diadakan tahun ini.

Konvoi yang bermula pada jam 9:30 pagi ini turut dimeriahkan dengan penyertaan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan seterusnya merasmikan Program yang berlangsung selama 2 hari sehingga Ahad (esok).

Program Jom Generasi-Y ''Stand as One'' yang berlangsung memberi fokus kepada masyarakat terhadap keinginan golongan muda menyumbang tenaga memajukan negara. Ia juga memberi peluang kepada golongan belia berhimpun malah mendekati dengan beberapa pemimpin Negara yang hadir secara lebih terbuka.
Ianya juga dilihat mampu mengelak daripada terjebak dalam aktiviti yang kurang sihat dengan penyediaan beberapa aktiviti yang mengikut citarasa dan jiwa golongan muda yang menggemari aktiviti sukan dan lasak.
Sumber : klpos








