Paparan Lagu

There seems to be an error with the player !

1malaysiakkmm senyum webmail piagam atastalian data

 
MOBILE / WEB 2.0

yt rss fb-kp qrjasa

mobileview

 
Pautan Agensi KKMM
kkmmbernamartmfilem
finasipptarjpenskmm
 
Pautan Umum
mygov msc spa
pmspk KSN mampu
jpm upustaka
pemudah intan
Jumlah Pengunjung
Hari IniHari Ini331
Minggu IniMinggu Ini1539
Bulan IniBulan Ini5847
Jumlah TerkiniJumlah Terkini269972

Peristiwa Hijrah pencetus semangat ukhwah, transformasi

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Hari ini, umat Islam mula melangkah masuk ke tahun 1432 Hijriyah. Di negara kita sambutan Maal Hijrah disambut pada setiap 1Muharam. Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah bertemakan ’1Malaysia, 1Ummah’. Hijrah adalah perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan negara atau berpindah dari ‘badiah’ (padang pasir) ke kampung atau kota. Sejarawan Islam merujuk hijrah sebagai peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.

Peristiwa itu telah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW berjaya menjejakkan kakinya di bumi Madinah pada 16 Rabiul Awal, bersamaan 20 September 622 Masihi. Justeru, bagi sejarawan dan ulama Islam, peristiwa itu menjadi garis pemisah antara ‘zaman Makiyyah’ dan ‘zaman Madinah’. Jika di Mekah, umat Islam diditekan dan ditindas tetapi di Madinah pula umat Islam berjaya menjadi umat yang cemerlang dan dihormati.

Satu perkara yang harus difahami ialah peristiwa tersebut hijrah dilaksanakan atas  perintah Allah SWT. (al-Isra’:76 dan an-Nisa’:97). Sebelum perintah berhijrah ke Madinah diturunkan, rasulullah SAW pernah mengizinkan pengikutnya yang telah disiksa dan dizalimi berhijrah ke Habsyah secara sulit. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak dua kali, iaitu pada 615 Masihi dan pada 617 Masihi. Raja Habsyah ketika itu adalah seorang Nasrani yang menyakini akan kelahiran rasul akhir zaman. Raja Habsah terkenal sebagai raja yang bersifat adil dan  bersedia memberikan perlindungan kepada orang yang dizalimi.

Di Madinah, rasulullah telah berjaya membina negara Islam Madinah yang kuat. Untuk membuina negara Islam yang kuat baginda terlebih dahulu membina perpaduan yang kukuh di kalangan penduduknya. Ia bermula dengan mempertautkan persaudaraan atau ukwah Islamiah di antara kumpulan al-Muhajirun dari Mekah dan golongan al-Ansar di Madinah. Kemudian, baginda turut memikirkan penyatuan seluruh penduduk Madinah yang bersifat majmuk itu.

Untuk tujuan itu maka rasulullah telah mengubal perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai ’Shahifah Madinah’ atau Perlembagaan Madinah. Isi Piagam Madinah dapat disimpulkan kepada 4 asas utama iaitu: mempersatukan seluruh umat Islam dari berbagai suku menjadi satu ikatan; menghidupkan semangat penerimaan serta saling bekerjasama sesama penduduk (warga); menetapkan bahawa setiap penduduk Madinah mempunyai kewajiban melindungi dan mempertahankan tanah air  serta keamanan  negara; dan,  menjamin persamaan dan kebebasan bagi semua kaum dan kepercayaan agama.

Asas-asas tersebut jelas menggambarkan bahawa Piagam Madinan turut memasukkan orang bukan Islam (non muslim) ke dalam kesatuan ummah. Misalnya dalam Pasal 25 Perlembagaan itu menyebut, "Kaum Yahudi Bani 'Auf bersama dengan warga yang beriman adalah satu umah”.  Dalam fasal Pasal 44 pula  disebut, "Semua warga akan saling bahu membahu dalam menghadapi serangan pihak lain yang melancarkan serangan terhadap Yasthrib ."

Jelaslah bahawa, walaupun  dari  segi sejarahnya, istilah negara (‘state’) dan bangsa (‘nation’) mula muncul  pada awal abad ke-20, namun konsep ummah seperti yang terkandung di dalam piagam Madinah itu telah mencerminkan wujudnya semangat faham negara atau faham kebangsaan. Konsep  ummah itu telah berjaya mempersatukan masyarakat Madinah menjadi suatu masyarakat yang saling bertanggungjawab mempertahankan tanah air serta bertanggungjawab mempertahankan keamanan dan kesejahteraan sosial mereka bersama. Justeru, tema sambutan Maal Hijrah ’1Malaysia, 1Ummah’ adalah sesuai dalam konteks negara kita dan selari dengan konsep 1Malaysia.

Kandungan Perlembagaan Madinah juga mengandungi ”perjanjian sosial” di dalamnya. Ini dapat difahami apabila perlembagaan itu menetapkan bahawa setiap penduduk Madinah tanpa mengira keturunan dan agama bertanggungjawab mempertahankan Madinah dari sebarang ancaman. Dalam kehidupan sosial pula mereka berjanji akan hidup bersatu padu, bertoleransi dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Mana-mana penduduk yang didapati tidak setia, khianat atau melanggar perlembagaan maka hukuman setimpal akan dikenakan ke atas mereka.

Perlembagaan itu merpakan satu-satu perlembagaan bertulis yang pernah berdaulat sepenuhnya dalam sejarah dan tamadun manusia. Prof. Muhammad Hamidullah (1973), menyebut bahawa walaupun sudah wujud perlembagaan tertua di Greek, China dan India ketika itu, namun semua perlembagaan itu tidak dapat dianggap sebagai perlembagaan sebenar (‘a true constitution’ ).

Phillip K.Hitti dalam bukunya History of The Arabs pula menyebut, walaupun di Athens sudah wujud sebuah negara kota (citystate) yang pernah melakukan beberapa pindaan dan pembaharuan perlembagaan mereka tetapi ia bukanlah perlembagaan yang sebenar. Ia hanyalah kumpulan undang-undang lisan yang berasaskan adat resam.

Umat Islam patut mengambil pengajaran dan hikmah dari peristiwa besar ini. Di antara pengajaran yang perlu difahami dari peristiwa hijrah itu ialah perlunya kita memiliki misi dan visi dalam sesuatu perjuangan. Kita juga perlu memahami secara realistik tentang cabaran dan tentangan yang dihadapi supaya kita dapat menyediakan rangka strategi dan bertindak yang berkesan. Setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan masing-masing secara berkesan serta patuh kepada perlembagaan dan peraturan negara .

Peristiwa Hijrah juga membuktikan bahawa Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas utama dalam perkara berkaitan politik dan pemerintahan, menegakkan hak-hak rakyat dan hak-hak asasi manusia, mengatur sistem ekonomi dan sosial serta hubungan diplomatik dengan negara luar. Kejayaan membina peradababan dan tamadun di Madinahlah yang menjadikan Islam sebagi peneroka zaman pencerahan turut membawa perubahan di dunia Barat. Fakta ini diakui oleh banyak sejarawan Barat.

Misalnya, Edward Mc Nall Burns, Robert E Lesner dan Standish  dalam buku Western Civilization, Their History and Culture menyebut bahawa Islam yang pada asalnya diterima oleh penduduk gurun pasir di Mekah, akhirnya berupaya dan berjaya mencetuskan idea pembaharuan di Eropah sejak abad ke-12. Arthur Glyn Leonard dalam bukunya Islam, her moral and spiritual value: a rational and psychological study  pula menyebut bahawa dunia Barat terhutang budi kepada Islam kerana agama inilah yang membuatkan Barat mengenal dan membangun ilmu pengetahuan moden.

Peristiwa ini bukan sekadar persoalan menyelamat dan menegakkan akidah tauhid tetapi juga bagaimana kecemerlangan kehidupan dunia diatur oleh Rasulullah SAW melalui pembentukan negara Islam Madinah.

Oleh itu, dalam konteks moden hari ini, umat Islam sepatutnya bukan sahaja menghayati makna hijrah dari konteks akidah semata-mata, malah sambutan maal hijrah juga sewajarnya difahami sebagai landasan untuk melakukan transformasi ke arah membentuk sebuah negara maju yang memiliki kekuatan dalam segenap aspek kehidupan supaya umat Islam tindak terus tinggal dalam kebekuan dan keterbelakangan dalam kehidupan duniawi.

Pengertian ini adalah selari dengan maksud doa yang selalu dibaca oleh umat Islam yang bermaksud, ”Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat” . Ingatlah bahawa Rasulullah ketika membina  negara Islam Madinah, bukan sahaja menekankan soal kerohanian (akidah) tetapi juga baginda  turut membangunkan  sistem sosioekonomi negara Islam yang maju.

Oleh kerana begitu signifikannya peristiwa hijrah ini, maka Saidina Umar Al-Khatab r.a. telah menjadikannya sebagai asas untuk melahirkan kalendar Islam  yang dikenali sebagai Tahun Hijrah (Hijriah). Pada hakikatnya, kelahiran kalender Islam itu adalah kesan daripada sebuah peristiwa sejarah yang penuh hikmah (wisdom). Ia memiliki kedalaman agama kerana hijrah merupakan perintah Allah yang menuntut kesabaran dan pengorbanan yang mulia.

Kesimpulan, sempena sambutan Maal Hijrah ini ini maka marilah kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita. Untuk kepentingan negara pula, maka marilah kita mempertingkatkan usaha menjayakan transformasi seperti yang dihasratkan kerajaan. Produktiviti  kerja harus dipertingkatkan,  sama ada di sektor awam, sektor swasta atau mereka yang bekerja sendiri sebagai usahawan, peniaga, petani, penternak atau apa sahaja kerjaya yang halal.

- BH  7/12/2010

 

 
:: Politik ::
(99) artikel ditemui ...

:: Penerangan Isu ::
(114) artikel ditemui ...

:: Ekonomi ::
(62) artikel ditemui ...

:: Luar Negara ::
(26) artikel ditemui ...

:: Isu Lapangan ::
(86) artikel ditemui ...

:: Wawancara/Ucapan ::
(29) artikel ditemui ...

:: Aktiviti JASA ::
(63) artikel ditemui ...

:: Minat/Hobi ::
(7) artikel ditemui ...

:: Agama ::
(12) artikel ditemui ...

:: Warisan ::
(8) artikel ditemui ...

:: Khidmat Pengurusan ::
(8) artikel ditemui ...

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Hubungi Kami | Soalan Lazim
Tingkat 3 - 6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50610 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 7152, 03-2693 7502/7498/7469  Faks: 03-2694 4515  Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) © 2012