
Tasik Chini merupakan anugerah alam yang tidak ternilai harganya dan perlu dipelihara untuk generasi kita yang seterusnya. Ia terdiri daripada kawasan hutan seluas 12,565 ekar dan merupakan tasik semulajadi yang kedua terbesar di Malaysia. Ia terletak di tebing kanan Sungai Pahang dan terbentuk daripada pertemuan 12 saliran air yang juga dipanggil 'laut' oleh masyarakat tempatan.
Penulis telah berkesempatan berkunjung ke Tasik Chini untuk melihat sendiri keindahan alam semulajadi dan keunikan Tasik Chini ini dan berkesempatan menaiki bot menyusuri 9 pulau kecil daipada beberapa buah pulau kecil yang terdapat di situ. Selain dapat menarik minat pelancong berkunjung ke Malaysia, tasik ini jugalah menjadi punca rezeki kepada orang-orang Asli suku kaum Jakun yang banyak menginap di pinggiran tasik ini. Penulis juga berkesempatan berkunjung ke Kg Chendahan iaitu perkampungan orang Asli dan menikmati sendiri pengalaman menyumpit selain dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan orang Asli di situ.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di Tasik Chini seperti Resort, bagi yang ingin menginap dan menikmati keindahan alam dan pelbagai lagi kemudahan yang pastinya dapat menggamit pelancong dari dalam dan luar negeri. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, trekking, kanoe, berkelah dan berkhemah, menyewa chalet, mengunjungi perkampungan masyarakat tempatan dan sewa bot untuk meneroka kawasan tasik.
Merupakan tasik semulajadi kedua terbesar selepas tasik Bera yang juga terletak di Pahang , ia tidak terlepas daripada kisah mitos yang sering di dengar. Beratus tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Menurut orang asli di situ , naga ini juga dipanggil Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.
Malahan pada 1966 sebuah filem yang diberi tajuk








