Kata-kata Pemimpin

  • Dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya telah memaklumkan bahawa antara perkara utama yang perlu diberi perhatian teliti untuk tahun hadapan adalah berkenaan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

    Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
    (Perdana Menteri)

Pengumuman

HEBAHAN DAN JEMPUTAN PROGRAM GERHANA MATAHARI SEPARA OLEH AGENSI ANGKASA NEGARA PADA 9 MAC 2016

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu fenomena menarik bagi tahun ini iaitu Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada Rabu, 9 Mac 2016. Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun 2016. 
 
Waktu berlakunya fasa-fasa Gerhana Matahari Separa pada tarikh tersebut seperti berikut:
7:24 pagi        :           Bulan mula menyentuh cakera Matahari
8:24 pagi        :           Bulan mula menutupi matahari secara perlahan 
(bermulanya fasa Gerhana Matahari Separa)
9:31 pagi        :           Bayangan bulan mulai hilang secara perlahan
 (Gerhana Matahari Separa berakhir sepenuhnya)
 
Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 pagi hingga  jam 9:30 pagi.
 
Lokasi terbaik untuk melihat fenomena Gerhana Matahari Separa di Malaysia ini adalah seperti berikut :-
Bil
Bandar
Fasa permulaan gerhana
Fasa maksimum
Fasa gerhana berakhir
% Litupan
1.
Arau, Perlis
7.27 pagi
8.25 pagi
9.30 pagi
67
2.
Alor Setar, Kedah
7.27 pagi
8.25 pagi
9.30 pagi
68
3.
Ipoh, Perak
7.25 pagi
8.24 pagi
9.30 pagi
74
4.
Johor Bahru
7.23 pagi
8.23 pagi
9.32 pagi
86
5.
Kota Baharu, Kelantan
7.27 pagi
8.26 pagi
9.33 pagi
68
6.
Kota Kinabalu
7.32 pagi
8.40 pagi
9.57 pagi
73
7.
Kuala Lumpur
7.24 pagi
8.23 pagi
9.30 pagi
80
8.
Kuala Terengganu, Terengganu
7.26 pagi
8.26 pagi
9.33 pagi
71
9.
Kuantan, Pahang
7.25 pagi
8.25 pagi
9.33 pagi
77
10.
Kuching, Sarawak
7.24 pagi
8.29 pagi
9.43 pagi
87
11.
Kudat, Sabah
7.34 pagi
8.42 pagi
10.00 pagi
70
12.
Labuan
7.31 pagi
8.39 pagi
9.55 pagi
75
13.
Melaka
7.23 pagi
8.23 pagi
9.31 pagi
83
14.
Miri, Sarawak
7.29 pagi
8.35 pagi
9.52 pagi
78
15.
Pulau Pinang
7.27 pagi
8.24 pagi
9.30 pagi
71
16.
Putrajaya
7.24 pagi
8.23 pagi
9.30 pagi
80
17.
Seremban,
N. Sembilan
7.24 pagi
8.23 pagi
9.31 pagi
81
18.
Shah Alam, Selangor
7.24 pagi
8.23 pagi
9.30 pagi
80
19.
Sibu, Sarawak
7.25 pagi
8.31 pagi
9.46 pagi
85
20.
Tawau, Sabah
7.31 pagi
8.40 pagi
10.00 pagi
81
                                          
Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Matahari Separa mulai jam 7.30 pagi hingga jam 10.00 pagi di Planetarium Negara  manakala Observatori Negara Langkawi (ONL) akan mengadakan program pencerapan Gerhana Matahari Separa bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu, Langkawi.
 
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menanam minat terhadap astronomi di kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena Gerhana Matahari Separa.
 
ANGKASA akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Kaca Mata Gerhana juga akan diberikan kepada 1000 orang pengunjung terawal secara percuma.
 
Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan daripada Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang istimewa.
 
Saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 7:24 pagi. hingga 9:31 pagi pada 9 Mac 2016 di laman sesawang iaitu  www.angkasa.gov.my.
 
Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.
 
 
Masa
                                      Aktiviti                                    
Lokasi
7:00 pagi – 10:00 pagi
Pendaftaran
Planetarium Negara
7:30pagi -  8:00 pagi;
8:30 pagi-  9:30 pagi
Taklimat Gerhana Matahari,  Kuiz & Cabutan Bertuah
Planetarium Negara
7:00 pagi – 10:00 pagi
Siaran Langsung Gerhana Matahari Separa
Astrofotografi
Teater Angkasa/Laman Web/Facebook ANGKASA & Planetarium
Pencerapan Gerhana Matahari Separa
(Teleskop dengan Penapis Suria, Kaca Mata Gerhana, Solarscope, Projektor Pinhole, Siaran Langsung)
07:24 pagi
Permulaan Gerhana
Planetarium Negara
08:24 pagi
Pertengahan Gerhana
Planetarium Negara
09:31 pagi
Penghujung Gerhana
Planetarium Negara
10:00  pagi
Bersurai
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 WAN HAKIMAH BINTI ABD. RAHIM
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)
 
TOP

Opsyen Kebolehcapaian

(Accessibility Options)
Warna Fon
Atau Pilih:
Saiz Fon
A- A A+

.